Sunday, February 28, 2010

GADOH...sorang terpekik, sorang hentak kepale...

(gaduh jangan tak gaduh)

Masa : 11.00 am
Lokasi : Stesen bas SUB UTM

Ecoh : Tero, ko perasan tak malam tadi ader orang bergaduh kat depan blok kiter???(muke excited tahap gaban)

Tero @ aku : huh? ader ker? (muke macam orang sesat kat hutan amazon)

Ecoh : tipu la ko tak dengar. kuat giler perempuan tu jerit. aku leh dengar dari bilik aku. macam dalam drama tau.

Tero @ aku : aku tengah berangan kot time tu. nape perempuan tu jerit? kene histeria ker? cube story mory kat aku. cam bezz jer.

Ecoh : tak la. aku rase couple tuh gaduh teruk kot. tengok dari gaye macam ye. mule-mule diorang gaduh dalam kerete. lepas tu, perempuan tu keluar dari kerete tuh.

Tero @ aku : loh laki tu tak kejar ker. hampes tol.

Ecoh : sabo la dulu. aku tak abis citer lagi. pastu diorang sambung gaduh kat tangge pulak. perempuan tu jerit lagi. laki tu tarik tangan pempuan tu nak masuk kerete. malu kot gaduh depan blok siswi. perempuan tu rentap tangan dier. diorang sambung balik.


(lokasi kejadian)

Tero @ aku : mak ai. macam cerite hindustanihe dah nih. pastu pastu?

Ecoh : mase perempuan tu marah-marahkan laki tu. tangan laki tu dah hentak-hentak dah palang tangga. tu. pastu ko nak tau laki tu buat ape?????(baget nak buat suspen tapi memang suspen pun)

Tero @ aku : nape coh. ko nih buat suspended solid la pulak.

Ecoh : laki tu dier hentak kepale dier kat palang tangge tuh. kalo sekali tak pe gak. ade la due tige kali. ganas giler. tak pernah aku tengok orang bergaduh macam tuh.

Tero @ aku : huh (muke aku terkejut beruk) biar betul. kalo tepuk kepale tu biase gak la aku tengok. yang nih kes luar biase nih.

Ecoh : betul tero. aku tak tipu. pastu baru perempuan tu nak ikut laki tu masuk kerete balik. mase jalan ke kereta pun laki tu macam terhuyung hayang mabuk brandy. aku agak la kan, kuat jugak dier hentak kepale dier tuh. pastu diorang pergi belakang blok W3 setel problem kat citu kot. okay la dari kat tangge tu kan.

Tero @ aku : aiseh. macam mane aku boleh miss adegan bezz nih!!!! rugi tuh........

Dengan tetibenyer.........................

bas KDSE pun sampai. aku, ecoh and sorang lagi kawan aku tikah pun naik la bas. dalam bas pun kitorang dok story jugak cerita di atas.


(aku with mamarazi ecoh)

~END~

Moral of the Story:
  1. kalau gaduh besar mane pun, tak perlulah nak gaduh depan orang ramai. buek malu yo(loghat negeri sembilan). gaduh la gune sms ker. tak pun kalo nak gaduh jugak, gune bahase isyarat. kan lagi berkesan. disamping dapat buat senaman tangan.
  2. tak perlu nak hentuk kepala dengan mana-mana tempat yang keras. buat sakit badan jer. ingat!!!!!!kepale tuh nak pakai lame tau. alternatif lain. cariklah mane-mane sampah yang berhampiran anda dan cube buang dengan sekuat hati ke dalam tong sampah. korang bukan jer menjaga kebersihan malah dapat ganjaran pahale lagi. 2 in 1 macam nescafe.
  3. gaduh bukan cara untuk menyelesaikan masalah. banyak care lain yang lebih berkesan. korang mesti lagi bijak dari aku kan mencari jawapannyer. so. tak perlu lah nak terpekik and hentak-menghentak.

p/s : aku harap couple tu berbaik balik. sedih la kalo clash........

Seruan Hatiku........



actually lagu nih kawan aku yang perkenalkan, mizz atie. lagu nih pakwe dier dedicatekan untuk dier. sangatlah jiwang and makna dier sangat mendalam. jealous aku. pakwe aku tak pernah buat macam tuh pun. uwa................but that okay. so aku nak kongsi lagu nih dengan belogger semua.

aku suke dengar lagu nih mase aku nga nak layan jiwang aku and mase aku rindukan seseorang. huhuhuhuhu. siapakah itu??? lu pikirlah sendiri!!!!!!

(inilah penyanyi nye. amal hijazi - sekali tengok macam pamela anderson la pulak)


Albi Nadak by Amal Hijazi



Leek, ana milk leek / for you, I'm for you
ta'ala arrab dommeni, / come closer and hug me
makhtag
e / I need you
leek l / I'm yours
o rokhi feek/ and my soul is in you
ya hob 'omr ana / oh my life's lover
'omri kollo hakhyesho leek/ I'll live my entire life for you

Chorus:

hawak howa el khaya, / your love is the life
wenta elly ana, ba'ashek hawa / and you're the one i adore his love
kan albi monaah/ my heart used to wish
agmal malak, yekoon ma'ah / that the most beautiful angel would be with it

yah albi nadak/ yah, my heart called you
wetmannak teb enta wayaya/ and wished that you'd be with me
yah ba'd esneen / yah, after years
shok wa haneen alak eek hena ma'aya / of longing and yearning I find you here with me
yah dommeni leek, / yah, hug me to you
danta habibi hayaty leek/ my love, my life is yours
wa 'omri fadak / and I'll sacrefice my life for you

Eh, akhtag le eh / what? what do i need
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh / if you're beside me and always with me
ya dana min zaman / oh! i've been needing a heart feels me
makhtag le alb yehess beya o ahess beek / and i also feel it since many years


ulang Chorus

Saturday, February 27, 2010

senaman leher...untuk blogger tegar!!!!!

Doktor menasihatkan kepada pesakitnya untuk melakukan senaman leher dengan membaca mesej di bawah.


selepas rawatan, semua pesakitnya berpuashati dengan rawatan tersebut tanpa meminta sebarang ubat. "Doktor, kaedah doktor sangat berkesan," kata pesakitnya.


"Semua pesakit saya tidak akan datang berjumpa kembali dengan saya untuk rawatan," kata doktor itu.


soalannya.............apakah rawatan tersebut?????????? tengok sendiri lah kar bawah ni......


Friday, February 26, 2010

salah siapa????? [18sx]

korang raser saper bersalah. budak nih or gurl yang peluk dier?????????



sampai horny la budak nih.

tengok gaye budak nih tak mahu di peluk tapi............

hish2. kecik-kecik da pandai.....................


P/S : hindari kaum keluarga anda daripada fenomena ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s/s : sekarang nih tengah hujan lebat tahap gaban tapi aku nih tegar gak post.....................
tutup pc anda sekarang!!!!!!!!!!!

cubby=cute VS kurus=sexy

(aku dalam dilemma. sowi pic nih cam sexy ckit but cute sangat la!!)


hurm......tajuk yang alwayz bermain kat mind aku sekarang nih. aku sekarang nih nga berdiet tahap gaban untuk achieve aku nyer ideal weight. aku mengikut diet yang sihat kay. yerla kan tak baik untuk kesihatan kalo aku nih dalam keadaan obese tahap satu. nih semue salah mak aku coz alwayz masak yang sedap-sedap. (mum i juz kidding kay!!!)


actually progress aku berjalan lancar. aku da turun dari range 80-an ke 70-an. tahniah buat diri aku nih..... huahahah. bukan senang tau nak turun. tapi lately my frendo said:

"alo, ko jangan la kurus. nanti ilang ko nyer cuteness. ko nyer trademark tuh" "ko ingat kalu kurus tu cantik ker? aku lagi suke kalo ko macam sekarang" "ko nih tak sesuai la kalo kurus"

(cedih la aku cam nih..uwaaaa)


alamak. terhilang aku nyer semangat nak kurus nih. ala even aku kurus pun, aku still orang yang samer pe. cume kurus ckit jer.okay kan. kawan-kawan. sokong lah niat murni aku nih. bukan nak menyeksi or ape. juz nak jaga kesihatan. yer la kan. aku selalu cakap macam nih kat frendo aku

"badan aku nih aku nak pakai lame, kalo leh aku nak tengok cucu aku kawin"


heheheh. lagi pun if aku dalam range my ideal weight, aku dapat elak banyak penyakit kan. or in other words lagi sihat la kan. selain itu, aku lak leh ikut fesyen yang terkini. tapi don't wolly. not the sexy one kay. tero still like the previous tero. nothing change and dat is the fact!!!!!!!!!


PS : angan-angan mat jenin aku aku nak badan macam my favourite super model Adriana Lima. gosh she so gorgeous!!!!!!!!

(tah leh dapat ke tak jadi seperti ini)

Monday, February 22, 2010

from the bottom of my broken heart...............

hurm......bukan nak meratapi nasib tetapi sekadar hendak melepaskan kesedihan di dada nih. bunyi macam ader masalah besar pulakkan. tak lah sampai begitu(aku nih kalo bab buat citer letup serahkan saja).

macam nih, memang kegemaran aku lah melawat belog kawan-kawan aku nih. suke sangat tengok diorang letak picture yang superb cantik and it's really make me jealous......... jealous yang teramat sangat......bukan dengki atau seumpama dengannya. tapi aku tak berkemampuan untuk ambil picture sebegitu.....coz i don't have dslr camera. uwa!!!!!!!!!!!! hate it......kawan-kawan aku semue tanyer aku nih amik coz fotografi ker kat UTM??the answer is nope. aku juz sangat addicted with beautiful picture. but it's doesn't mean dat i'm crazy..juz love it. actually semua pic aku pegang cam yang aku letak kat belog aku nih camera nero dan yan. to both off them...ARIGATO...


(inilah mr. mohd izyan zuhaili yang tersangat la bachin)


(miz nero nerdy aka my bezz friend. sarang heyo)

sebenarnya pernah sekali tuh aku da cukup duit da nk beli d80 nikon tapi atas nasihat abang aku, aku tak beli pun camera idaman aku tuh. aku beli mr honda click. abang aku kate buat mase motor tu lagi penting. and i agree with dat. but, hati ini meronta-ronta nak beli jugak camera tuh. jenuh jugak aku kumpul duit balik tau tapi ader jer masalah yang timbul. kekadang tu macam menyesal gak la bli si mr honda click tu. alamak!!!!! tak nak komen lebih2 coz takut mr honda click merajuk. tak boleh pergi kuliah aku kang.

(pernah hampir aku miliki tapi..........)


(aku terbeli mr honda click warna maroon nih...aiseh)


pe pun antara azam aku tahun nih adalah aku membeli camera idaman aku nih. semoga Allah swt memakbulkan doa aku nih....Amin..............


(coming soon!!!!! insyaallah)




Friday, February 19, 2010

aku malu sendiri......hisyhhhh

cam mana yek nak mulakan. seperti yang diketahui umum, aku sekarang nih tengah cuti pertengahan semester. so aku memang akan balik umah la kan. takkan nak spend my holiday kat jb kot?????? takkan lah. so kalau aku kat rumah nih. antara kerja yang paling aku suke buat ialah menonton Tivo(tv) sampai mak and abah membebel coz both of them tak dapat nak tengok rancangan yang diorang suke. my mum suke la sangat tengok drama melayu and my dad pulak suke sangat tengak animal planet(tah ape yang bezz sangat tah). and aku pulak semestinyer channel AXN, documentary and mtv of coz!!!!!!



nak dijadikan cerita. aku tengok la channel E! rancangan "what is the most expensive"(macam tu la lebih kurang tajuk dier). actually aku pernah tengok sebelum nih. kan astro selalu ulang2 rancangan. mase aku tengok la rancangan tu. barulah aku sedar yang aku dah beri maklumat yang salah pada budak kelas aku mase kelas bi sem lepas. ALAMAK!!!!!!!!!!!!!!!!!


(aku lagi terkezut daripada mamat dalam pic nih)

macam nih ceritenyer. mase tuh kene buat public speaking. kawan aku nih bentang la pasai coklat (alamak sedapnyer). pastu tu ader sesi soal jawap. aku dengan yakin nyer berkongsilah ilmu aku pasai coklat nih. aku citer la yang coklat yang paling mahal sebenarnyer biji koko dier tu diambil dari najis haiwan. ader binatang tu makan biji koko tu. disebabkan biji koko tu tak leh hadam lalu ia keluar bersama najis(jijik nak mampus). manusia nih pulak kutip la najis tu pergi buat coklat. bayangkan la sampai lecturer aku pun kagum dengan informasi aku. even sebenarnye salah!!!!!!!

(bukan coklat ye tapi kopi. macam mane leh salah maklumat nih!!!)

sebenarnye ape yang aku cerita tuh bukan pasai koko tapi biji kopi yang termahal di dunia(kalau aku tak silap la). nama kopi itu ialah kopi Luwak yang berasal daripada negara jiran kite iaitu Jawa, Indonesia. aku pun tak pasti ape sangatlah yang istimewa pasai kopi nih tapi bayangkan la kopi ini dijual dengan harga US $100-$600 per pound. alamak. aku lagi rela minum starbuck daripada minum kopi daripada najis binatang nih. tak pasti lah halal ke tak. nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini KOPI LUWAK


inilah binatang itu dimana najisnya kite ambil buat kopi. bertapa berharganya najis binatang ini-(Paradoxurus hermaphroditus). jeles aku!!!


(inilah najis binatang itu yang akhirnya menjadi kopi yang termahal di dunia. hisyh tak paham aku. sedap sangat ker????)


Ps : Kepada rakan sekelasku, minta maaf kay coz salah informasi. janji tak buat lagi. sudah insaf! !!!!!!!aku malu sendiri. huhuhuhuhu

Thursday, February 18, 2010

laksa penang yang bezzz!!!!

dua hari yang lepas, dengan tetibenye aku mengidam nak makan laksa. actually aku nih tak la suke sangat makan laksa nih. aku lagi suke makan laksam(laksa bagi masyarakat kelantan). aku beritahu la mak aku hasrat aku nih. pastu mak aku pun cakap "ija(nama timangan aku), jom teman mak pergi family store." dengan segere aku sarung baju yang paling ringkas and temankan mak aku g family store nak beli bahan nak buat laksa. heheheheh. tercapai jugak hasrat aku nak makan laksa penang. terima kasih mak. so aku nk kongsi ngan kawan-kawan resepi mak aku nyer laksa.


(kecur air liur aku tengok makanan nih)


Laksa Penang (5-6 orang makan)


Kuah:

(mase aku amik pic nih, kuah nih da tinggal suku jer. kuatnyer family aku makan. sedap la katakan)


1/2 kg ----------ikan selayang @ ikan kembung(mak a ku gune ikan selayang)
4 biji ----------- bawang besar (yang sedang jer tau saiz nyer)
2 cm dadu------ belacan penang(kene gune belacan dari penang tau bukan yang melaka nyer!!)
4 keping --------asam keping
4 tangkai -------daun kesum
1 @ 2 kuntum-- bunga kantan (depend kepada saiz. lagi sedap kalo letak 2)
1 senduk ------- cili giling a.k.a cili boh
5-6 cawan ------air masak
bahan perasa dan garam secukup rasa


ulam-ulam dan hiasan:

salad
bawang
timun
daun pudina(depend kepada orang yanag makan. lagi bezz kalo letak)
limau nipis (kalo nak masam. aku tak suke sangat letak)
telur
cili merah @ cili api


cara membuat kuah laksa penang:
  1. ikan direbus bersama 3-4 cawan air. mak a ku kata jangan banyak sangat. cukup sekadar tenggelam ikan tu. paras senggatan kedua jari telunjuk(satu setengah incitenggelam). masukkan sikit garam. rebus sampai ikan betul2 masak.
  2. kemudian ikan tadi diambil isinya. air rebusan dan bahagian tulang jangan dibuang tau!!!!! ada gunanya lepas nih.
  3. kisar cili boh + bawang + belacan menggunakan air rebusan ikan tadi. (bahagian A)
  4. dalam bekas yang lain, kisar tulang ikan tadi dengan air(lebih kurang 2 cawan). kemudian tapis untuk asingkan air tulang ikan dengan tulan g ikan.(air tulang nih buat kuah kiter jadi manis). (bahagian B)
  5. masukkan bahagian A dan bahagian B ke dalam periuk.
  6. masukkan sekali asam keping, bunga kantan, daun kesum, masakkan dengan menggunakan api yang sederhana. jangan lup e masukkan garam dan bahan perasa.

bahagian mee:

  1. untuk bahan mee pulak. lagi bezz kalo guna yang basah daripada yang kering dan perlu direndam. tapi jangan la pulak terus makan kalo gune yang basah nih. kononla macam dah masak. still lagi kene celur dengan air panas dan dibilas dengan air sejuk.
  2. barulah boleh dimakan.

senang je kan buat laksa penang nih. cume rajin dan malas jer!!!!!!!!!! aku cadang nk buatla bile blik UTM nanti. nak jamu kawan2 makan. kalo rajin...............Insyaallah..



Friday, February 12, 2010

Tikus Dalam Kuah Roti Canai....Jijik Seh!!!!

dalam beberape saat yang lepas aku check la email aku yang dah berkurun lame aku tak bukak. hamik kau, berkoyan-koyan. tapi yang banyaknyer dari facebook dan tagged la. daripada kawan tu tak la banyak sangat. ada satu email yang betul2 menarik perhatian aku. tapi macam jijik sikit la. but dat's OK sebagai peringatan kepada kite semue. ap yang paling penting. sebelum makan kenelah membaca doa makan.....
jom kite ikuti ceritenye.............(cam rancangan kanak-kanak lak)


Tikus Dalam Kuah Roti Canai

(alamak, dapat nampak lah bentuk kepale ciki nih)

Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan.

Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu.

Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus.

Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya.

Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis.

“Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya.

Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi.

“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.

Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama.

“Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam.

Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.

Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu.


Ps : Kalo korang lapo tahap gaban sekalipun, kalo kedai tu kotor, lupekan je lah niat nk makan kat situ. Cik Ti tu ok lagi. kalo Cik Bi??????????? Nauzubillah!!!!!!!!!!!! menyimpang malaikat 44.

Thursday, February 11, 2010

10 working tips for 2010(even aku tak keje lagi)

sebenarnye tips nih untuk tahun lepas. aku ubah tahun dan jadilah tips ini untuk tahun 2010.....pintar tak aku nih..........funny, cute but memberi motivasi.............check it out.....


1) Do not get into trouble

(cian kude nih masuk dalam lobang...tolon!!!!!!tolon!!!!!!!!muat lak tu masuk lobang)



2) Aim for greater heights

(genting tol keadaan kambing nih(aku pun tak pasti sebenarnye binatang ni ape).. chaiyok2..lagi sikit jer lagi)



3) Stay focussed on your job

(mak ai jelingan lembu nih....bukan fokus da nih, FOKAS ader la)



4) Exercise to maintain good health

(uiiii....ader stail la......no.4 nih macam kena kat batang hidung sendiri pulak....ades....layankan...zas!!!!!!)



5) Practice Team work

(bak kata orang..berat sama dipikul..ringan???? ko angkat la sendiri..hehehehe)



6) Rely on your trusted partner to watch your back, take your time trusting others

(dat's right...tapi susah kan sekarang nak cari seseorang yang boleh dipercayai)



7) Save for rainy days

(keciknyer kayu tu...tak cukup nk cover satu badan...but cute sangat lah orang utan nih)



8) Rest and relax

(releks sakan nampak...nih yang jeles nih)



9) Always smile when your boss is around

(kalo senyum cam nih tiap-tiap hari, sebulan kemudian comfirm kene pecat)



10) Nothing is impossible

(sampai tergeliat kaki burung nih...isyh...isyh...isyh...)


“IF BETTER CAN BE ACHIVED, GOOD IS NOT ENOUGH.”



makan jer........ade pantang larang tau

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...


PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN


Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.(hodoh romannyer...cam nk uk* uk* jer)
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.(alamak. kene elakkan nih)
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.(sabo la sikit. tak masak lagi pun da nak melantak)
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.(buang jer tolo tu.g makan wat per)
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.(ilang seri pengantin)
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.(so????????takkan nak buang?????)
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.(maknenyer nnti anak aku lmbat kawin kah????)
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.(maner nk carik??????nk anak kembar)
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.(wow...gurlz!!!!!!take serius)
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.(alamak. aku slalu buat nih)
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.(aku sendiri pn tak paham)
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.(fakta nih aku setuju)

Sunday, February 7, 2010

temanku di bilik

sementara nk tunggu waktu maghrib masuk. aku bace blog member baik aku, nad a.k.a nero yang dok cter pasai umetnyer azhani yang jugak merangkap kawan kepada aku. heheheh. muncul lak idea nk kongsi kat korang semue teman aku di bilik aku sendiri lak. actually aku tak der rumate coz aku dok single kat utm nih. so mari kite lihat................................

bahagian depan bilik aku....aku dok bilik paling hujung sekali....

bilik aku dari pintu... agak lapang di bahagian tengah untuk memudahkan proses senamrobik...

dalam bilik.......

kata-kata perangsang.....

seperti yang aku dah cter sebelom nih, aku sekarang nih dalam proses untuk menurunkan berat badan ke tahap yang paling ideal iaitu 55-59kg. actually ni kali pertame aku menampal kate2 perangsang nih kat bilik aku coz sebelum nih aku dok bilik double, so aku cam malu lak ngan romate aku. hahahahahah. nape aku nak sangat kurus??????? sebab aku nak ader body cam Hanis Zalikha ataupun adriana lima(tinggi tol cite-cite aku). tak dapat muke cam dorang dapat body pun jadi la. tapi aku nih cute aper(aku nk sedapkan hati aku). semoge impian aku jadi kenyataan. aja aja fighting!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku gak ade letakkan pic member2 aku. aku dok bilik sowang so aku tak la rase keseorangan sangat dengan kehadiran pic mereka itu. luv u so much friend!!!!!

my little dudu...

kali pertama dalam hidup aku, aku beli patung. patung nih aku beli kat jj taman u jer dengan RM150 pas diskaun. hehehe. nak tau tak kenape aku dok berkenan la sangat ngan patung lembu nih. sebenarnye aku bercita-cita sesangat nak jadi seorang pengusaha lembu yang berjaya. so sebagai langkah pertame, aku beli dulu patung lembu sebagai pembakar semangat. bernas tak???? sebelum nih aku ader mintak kat si die untuk belikan patung lembu nih untuk aku, tengok gaye cam dier tak nak kasi jer. but dat's OK. ustaz cakap dalam ceramah mase kursus kawin arituh. ader empat ciri-ciri wanita yang perlu dijauhi untuk dijadikan isteri:-
  1. kurang dari segi agama
  2. tak ingat...
  3. tak ingat lagi....
  4. orang yang selalu meminta-minta(so aku dah selamat dari ciri2 yang ini)
riwayat hidup dudu di bilik.

bila aku gembira, aku peluk dudu dengan erat
bila aku kesunyian, aku aku usap jambul dudu nan sejemput
bila aku geram atau marah, aku gigit tanduk dudu
bila aku tidur.......................
aku tendang dudu ke bawah coz aku tido buas sangat(cian dudu)


kat cni la mase aku banyak dihabiskan...antaranya menulis blog + buat assignment....


alat inilah yang digunakan untuk mengetahui perubahan berat badan aku.. digital tau..accurate sikit....(perlukah aku nak tayang kaki aku???)


meja makan aku + tempat aku lipat baju....dwifunction


mini lib aku.. aku baca sebelom tido....(beso nyer kelape dudu)

last but not least..........

katil aku....

kat cini la tempat aku lepaskan segala kepenatan aku yang dah aku kumpul selama sehari. selain tiu, kat cni gak la aku berlatih lompat tinggi dan di sini aku boleh meniru aksi atlet lompat tinggi yang sebenar dengan adanya katil yang kurang empuk(tapi OK la untuk tido). aku tidak gusar katil aku nih patah coz dier ader besi tambahan untuk memberi extra strength untuk insan yang ganas dan buas seperti aku nih. cadar aku pulak adalah wajib bertemakan lembu. SEBAB??? aku dah nyatakan kat atas.... kasut tu pulak untuk aku senamrobik kat dalam bilik. nak kurus la katekan. huhuhuhuhu...

bagi memastikan kebersihan bilik aku sentiasa, aku dah tetapkan setiap hari rabu dan weekend(salah satu) adalh cleaning day. maceh kepada ex-romate aku, kak umie coz dier yang mengubah diri aku menjadi seorang yang pembersih coz dier nih memang pembersih orangnye. mizz n luv u kak umie. sampai dier keluarkan satu fatwa yang menyatakan "Jika bilik kamu panas, ini membuktikan bahawa bilik kamu kotor" dan aku pegang sampai bile2...

aku rase cukuplah sampai sini dulu. kalo aku ader idea nak citer ape aku sambung. lastly, kawan2 jemput la datang ke bilik saya...............................

Friday, February 5, 2010

Terkejut plus cedih sesangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

setiap ibu yang hamil mesti tak sabo2 menantikan kelahiran baby tu kn especially kalu baby tu baby sulong. bygkan la, da la kter da bwk baby tuh dalam perut 8 bulan tapi ALLAH swt lebih sygkn baby tu n baby tu meninggal dalam kandungan. tak dapat aku nk bayangkan betape luluhnyer hati ketike tuhkn. but setiap ap yang berlaku pasti ader hikmahnyer.....



tadi sblm aku balik(aku ader kursus utk olahrage-bina insan guru), mamut cter kat aku.. senior kitowang - kak lely telah kehilangan babynyer yang berusie 8 bulan dalam kandungan dier........sedih sgt aku dgr cter tuh. ye la kan bygkan da 8 bulan. mesti pengharapan kiter untuk baby tu lahir kat dunie nih tinggi kan. da la dlm beberape minggu yang lpas aku jumpe kak lely tuh. aku siap usap-usap lagi perut dier. aku dapat rase baby tu cam gerak. aku yang tak ngandung ni pn hepi gler ini kn plak ibu nyer kn. n dat incident happen, hurm. menurut mamut, baby bot tu ckup sifat n mirip sgt ngan daddy dier. da siap ader name lagi but aku lupo lak nme dier ap. sedihkan................

aku tau kak lely tabah menghadapi ujian ini. semoga ALLAH swt memberi kekuatan kpd kak lely untuk menempuh ujian ini n segere dikurniakan zuriat dalam jangke mase terdekat nih yek.........AMIN............pesanan kpd ibu2 mengandung di luar sana, jgn bergerak terlalu aktif n jaga kandungan anda. malang tidak berbau n semoga kalian + baby sentiasa berada dalam lindungan ALLAH swt.........................

SaKiT JiWa!!!!!!!!!

hati aku cam terpanggil utk cter pasai tjuk nih. bukan per, nih sme gare2 aku terbace paper metro lah. actually aku nih bkan la minah yang suke beno bcer paper nih. bukan tak nk tau isu semase tapi cam takut jer nk berdepan ngan realiti. ye la kn. tgk la masalah yang ad dlm paper. MACAM MACAM ADA!!!!!!!!!!!! kalo lh pikirkan lh SAKIT JIWE aku dibuatnyer.........


berite yang paling menarik perhatian aku = Rodok Bapa, Abg..........
pergh.mengucap pnjg aku bcer berite nih. pemangse nih dier dgr bisikan suare pompuan yang suh dier bunuh mapak n abg dier. nm suare tuh Siti Aisyah(da la sme ngan nme budak klas aku). pastu mamat nih cam kene rasuk. lege mak dier smpat rampas pisau. tuh. kalo tak abis smuer dier rodok gamaknyer. mamat tu sendiri pn terkejut bler dier sedar dan cam tak caye pe yang die da lakukan. tapi bler pikir2 blik tak lh nk salahkn dier gak coz smue tu berlaku coz dalam keadaan dier separuh sedar. kalo tak salah penyakit nih dipanggil SCHIZOPHRENIA!
mklumat lnjut tntg penyakit lh tgk link nih
SCHIZOPHRENIA

ader lagi satu berite. seorang wanita yang mengalami tekanan perasaan membaling batu sebesar
penembuk kat kete org. abis pecah cermin kete dalam 3 ke 5 bijik. sian empunyer kete tuh. kalo aku salah sowang daripadenye ader gak pecah kepale minah tu aku baling balik. sesuke atie dier je nk campak2 batu kat kete owg. diowang beli tuh bukan dapat free!!! tapi dari sini aku lh la simpulkan kalo seseowang tu da terlalu tertekan or dalam erti kate lain ader sakit jiwe make diowg nih lh wat sesuatu diluar jangkaan. TOL TAK?????

dalam masyarakat kter nih. kalo org kate sakit jiwe jer, diowg ckap GILE GILE GILE.so kter pn tkut la nk jumpe doktor kalo kter da start berhalusinasi or mengalami tekanan perasaan yang kronik coz tkut owg sekeliling kter ckap yang kiter nih GILE. so makin dibiarkan makin parah then jadilh perkare2 yang unexpected nih. actually perkare cam nih lh dielakkan kn.......persepsi masyarakat perlu diubah!!!!!!!!!!!!!!!!

so ap yang kiter perlu buat kalo kter da ader simptom2 penyakit nih......
  1. Pertama, hadapilah sendiri masalah berkenaan, cuba cari puncanya. Jika ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan.

  2. Jika tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang yang sanggup mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding cara. Dengan meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya.

  3. Jika ini gagal atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar keupayaan anda, mungkin doktor keluarga nada boleh membantu. Jika dia merasa bahawa anda memerlukan bantuan lanjut anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa atau kepada perkhidmatan kami di Hospital Bukit Padang. Anda boleh juga berhubung terus dengan kami di Hospital Bukit Padang.

  4. Rawatan mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda sakit beransur hilang.

  5. pe yang paling penting bagi yang menganut agama islam kter dekatkan diri dengan yang maha esa n bykkan amal ibadah. insyaallah dapat dielakkan perkara ini.
wah. ilmiahnyer aku nyer celoteh kali nih. bukan per. aku tengk makin parah keadaan nih di dlm masyarakat kter. sesuatu tindakan perlu diambil!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! semoge kter semue nih terhindarlah daripada perkare cam nih.