Monday, May 31, 2010

Bila 'Alat Kemaluan' disalahgunakan

bismillah. OMG. entry aku kali nih ada sikit berbaur lucah but actually it's not. kenapa perlu malu bila nak bincangkan tentang hal kemaluan???? bukan ke semua ade ke? aku, kamu, mereka, kalian dan semuanye lah. so apa yang nak kesah sangat kan. heheheheheh.....

okay. as we all know, alat kemaluan sangatlah penting. sampaikan ada yang sanggup bergolak gadai nak memiliki alat kemaluan yang diinginkan. dah ada yang lelaki punya, nak tukar jadi perempuan punya dan begitulah sebaliknya(aku pun tak paham lah. but tak nak komen banyak-banyak. isu sensitif). selain untuk buang ape yang patut, ia juga untuk plug and play(bagi yang sudah sah sahaja OK!!!). but dekat sini aku nak kongsi dengan belogger sekalian di mana alat kemaluan (lelaki punya) digunakan untuk perkara selain daripada yang aku dah nyatakan. nak tau tengok sendiri video kat bawah ni



ye la kan. orang selalunya main piano nih guna jari. yang nih pulak guna 'alat kemaluan'. tersangatlah kreatif tapi pada masa yang sama amatlah menggelikan. ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran aku.

  1. ye la kan. lebar keyboard piano tu tak la selebar diameter kemaluan lelaki kan. tapi macam mana dier boleh main dengan perfect tanpa 'tersalah' tekan????????
  2. ye la. dalam keadaan normal. 'alat' tu tunduk memandang bumi. tapi kalau nak main piano kenelah tegakkan. macam mana tu?????????
ahhh cukup. ape yang aku merepek nih. entry aku terhenti di sini. kalau tak lagi banyak yang aku mengarut. huhuhuuh. wassalam

p/s : aku rindu sangat dengan anak murid aku. uwa....................

Friday, May 28, 2010

Kita berpisah di sini anak muridku......

tanggal 27.05.2010 (pergh bapak skematik) merupakan hari terakhir aku menjadi seorang guru di S.K Chembong sebagai seorang guru ganti bagi kelas pendidikan khas. Sob Sob Sob(menangis teresak-esak).

syahdu pulak hati nih. ye la kan banyak kenangan pahit manis aku kat sini. terlalu banyak yang aku belajar. aku nih pun bukan orang yang penyabar sangat. asyik nak melenting jer 48 jam. tapi bile dengan mereka nih aku belajar untuk control aku punyer kemarahan. tak payah nak pergi mane-mane pusat pemulihan untuk anger management. bukan saje free tapi dapat gaji lagi even gaji aku di bayar ikut rate SPM (siti khatijah, jangan merungut).

so aku nak abadikan mereka semua nih dalam aku puyer belog yang tak seberape nih. hehehehehe. sorang-sorang lagi.

1. NAJMI

serius kalau cakap pasai najmi ni mesti aku boleh gelak sampai guling-guling. pertame kali dalam hidup aku aku berjumpe dengan budak autisme. die nih unik sangat. sangat pembersih (aku pun tak sebersih si najmi nih). tak boleh langsung kotor bajunye. lagi satu si najmi nih sangat cermat orangnyer. barang-barang dier dijage dengan rapi. even satu pensel dier hilang mesti dier dapat kesan and pastu dier akan mengamuk. siap berguling hentak-hentak kaki lagi. sebab perangai dier yang unik ni la aku suke sangat nyorok barang dier. saje nak sakat. heheheh. maapkan cikgu ye najmi sayang.


2. FAIZ

pandai masak and boleh buat kerja dapur. mengikut cerita cikgu shuhada. dekat rumah dier la yang buat sarapan pagi. kadang-kadang masakan tengah hari pun dier yang buat. pada aku sangat hebatlah untuk budak darjah 5. so cikgu-cikgu dekat sini dalam proses untuk polish lagi bakat si faiz ni. mane tahu boleh jadi chef wan. eh salah chef faiz la.....


3. SHUKRI

pelajar nih baru masuk. mempunyai tahi lalat yang same macam firdaus. hehheh. pernah patah tangan sebab jatuh dari meja plastik (menurut ceritanya). akibat daripada itu, tangan kanannya kelihatan panjang sebelah(beberapa mm la). welcome to the club even aku dah nak cau dah.


4. FADHILAH

suke sangat ajuk cakap aku dan menyakat aku dalam kelas. geram jugak tapi layankan je lah. suke sangat buat muke lawak. and si fadhilah ni mempunyai senyuman yang manis macam gambar dekat atas tu. comelkan. tengokla siape cikgu dier.


5. FIRDAUS

merangkap bezz fenzz kepada si fadhilah. paling teror dalam matematik. cume kekadang tu selalu tulis 6 terbalik. so tolak markah dier. heheheh.hehehe. ni disebabkan oleh si firdaus ni ialah kanak-kanak epilepsy.


6.EFFA

name timangan aku kasi kat si effa nih ialah si cembeng. bukan ape. mudah sangat gebeh air matenyer. tak leh nak tegur sikit mesti nangis macam orang mati mak. so, cikgu dekat sini gunakan terapi bilik gelap untuk 'menyembuhkan' perangai si effa nih. alhamdulillah kalau dengan aku ni dier okay jer. mesra gitu. mungkin aku tak garang kot....


7. FAIZAL

adik kepada si faiz nih. walaupun terencat akal tapi dier tak pun menyusahkan orang. kadang-kadang tu suke buat kerja sendiri. tapi kalau dah start bersembang, huh tak berhenti-henti. aku selalu panggil dier faiz and abangnyer faizal. alamak aku nih kanak-kanak epilepsy ker????


8. SURIANI

actually si suriani ni baru je masuk ke sekolah ni. die masuk minggu lepas. tapi walaupun masih baru, tapi terus terlibat dengan persembahan sempena hari guru. teror yang teramat sangat kalau bab- bab gelek. kalah aku seh(bile aku nak menang nih). cume si suriani ni kene improve sikit dalam penerampilan diri. comot cikit.


9. MATHURI

she has a lovely eyes. sangat cantik. si mathuri nih kire ok sikit daripada kurunta coz boleh bertutur bahasa melayu. dier pandai menari even kekadang tu nampak pelik sikit. heheheheh. bajet aku nih pandai sangat menari.


10. KURUNTA

si kurunta ni tak boleh bertutur bahasa melayu. mencabar habis untuk berkomunikasi dengan si kurunta nih. satu ayat jer yang selalu dier cakap kat aku dan aku paham...
"teacher, bathroom" aku balas "poh" bererti pergi in tamil......


11. JUNAIDAH

pelajar aku yang paling cantik. jeles jugakla aku nih. erk... si jun ni jugak paling matang and paling boleh di harap. jun banyak tolong aku untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain. luv u junaidah.


12. ALFIAN

kalau dengan si alfian ni kene tegas sikit. kalau tak cakap pun dier tak nak. so tak boleh manje-manje. agak selalu jugak la kene debik dengan aku. aku bukan pakai suke-suke jer debik. ini atas nasihat cikgu okay.atas niat mahu mengajar bukan nak belasah.


13. MAIZATUL

alahai si mai. manja gitu. pernah sekali aku terlalu fokus kepada budak-budak persembahan sempena hari guru. so kurang la perhatian untuk mai nih. merajuk abis dier. lege cikgu shuhada tolong pujuk. aku nih kalau bab pujuk memujuk fail sikit.


14. IDHAM

my transilator yang tak bertauliah. hehehe. bukan ape, si idham ni sangat fasih berbahasa tamil. ade seorang pelajar namanye kurunta yang langsung tak boleh berbahasa melayu. jadi perkhidmatan si idham ni sangat diperlukan.


(makan-makan sempena majlis perpisahan aku. terharu)



(makan berjemaah)



(heppi)



(mase praktis tarian ali baba)



mereka semua nih akan ku semat dalam hati ini selagi jantung aku berdegup, oksigen saling keluar masuk ke dalam peparu ini. terima kasih kerana menjadi kenangan indah yang mengajar aku erti kehidupan. cikgu doakan kamu semua berjaya dalam apa saja yang kamu lakukan(yang baik sahaje tau). cikgu akan sentiasa merindui kamu semua.

WASSALAM


Saturday, May 15, 2010

Y Allah. Selamatkan anak muridku..........


semalam. aku dikejutkan dengan berita tentang salah sorang anak murid aku yang dah disahkan positif menghidap wabak H1N1. macam nak tertanggal jantung aku dengar. ye la kan, minggu lepas mase aku ajar kelas dier, dier heppi jer. siap layan lagi aku buat lawak. pastu minggu nih minggu peperiksaan dier langsung tak datang.

aku tanyer la kan budak yang lain(biase lah aku guru prihatin..aicecehhh), diorang beri tahu si danial nih demam panas. ok fine la kan. mungkin berehat la kan. tup tup tup semalam dah di sahkan kene H1N1. sekarang sedang dikuarantin di hospital tampin. kat sini cikgu doakan semoga mohd danial zafri lekas sembuh. amin.........

berbalik dengan sekolah yang aku mengajar. banyak sangat kes demam melanda. mungkin pelajar tetap datang ke sekolah sebab sekarang minggu peperiksaan. bayangkanlah sampai ade sau kelas tu separuh demam. sampai pegawai kesihatan kene turun padang la kene pantau. aku nih masuk kelas kene pakai mask. dah memang teruk tahap gaban la.


ader jugak sesetengah pelajar yang disyaki kene ILI(adik beradik H1N1 la). and salah seorangnyer student aku jugak. adus. memang sekolah tu dilande wabak yang teruk lah(nama sekolah aku rahsiakan demi menjaga nama baik sekolah.opsss). ape pun aku harap tak der kes yang meragut nyawa dicatatkan. AMIN. entry kali ni berhenti di sini.

p/s:kalau sesiape yang terasa diri macam tak sihat. jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan segera kay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, May 8, 2010

A Tiny Apartment Transforms into 24 Rooms



unbelievable!!!!!!! tu ayat yang terpacul keluar dari mulut aku lepas aku tengok video nih. tak terfikir langsung aku akan ade rumah macam nih. unik, ringkas dan lapang. mungkin agak sukar nak jumpe kat Malaysia nih rumah yang tak de bilik(maksud aku bilik individu la. bilik air aka jamban tak termasuk kay). paling tak pun rumah tu mesti ader 2 bilik tidor. betul tak?

aku sangat suke dengan konsep tuan rumah nih gunakan. tuan rumah nih menggunakan ruang dengan sebaik mungkin. mungkin rumah macam nih sesuai untuk orang yang pemalas coz tak nampak bersepah sebab boleh sorok-sorok sampahnye dekat mane -mane bahagian yang korang suke(jangan jadi pemalas!!!!). selain tu, aku jugak suke part bath tub tu kalau tak digunakan boleh dijadikan tempat duduk kepada tetamu. serius sangat kreatif(no wonder la coz tuan rumah nih arkitek).

kalaulah seseorang sanggup kasi sepuluh juta kat aku(in us dollar tau), aku nak buat sebijik rumah cam tu sementara memenuhi hari-hari aku sebagai seorang yang bujang. rumah nih bagi aku tak sesuai sangat untuk orang yang dah kawin kan. entry aku berhenti di sini.

p/s:kredit kat abang aku ipin coz sebab aku selongkar pc dier la aku jumpe video bezz nih.

Tuesday, May 4, 2010

bukan mudah mendidik anak bangsa aka CIKGU

hari nih hari PERTAMA aku bergelar seorang cikgu(even sebelum ni aku pernah jadi cikgu praktikal kat S.M.T Kuala Selangor). tapi kali ni lain sikit. aku jadi cikgu sekolah rendah. sekolah yang bertuah tu ialah sekolah rendah kebangsaan chembong dekat area jelebu sana. jauh jugak la dari rumah aku. dalam 25 min masa perjalanan dengan purata kelajuan 80km/jam(naik moto kay!). tapi tak kesah lah. demi anak bangsa, aku SANGGUP!!!! aiceceh(nak muntah aku dengan ayat aku sendiri).

dekat sekolah nih aku ajar kanak-kanak yang luar biasa. bukan sebab diorang pandai buat magic atau seumpama dengannya tapi diorang nih tergolong dalam kanak-kanak ISTIMEWA. mereka nih tak macam kanak-kanak normal yang lain. mereka terdiri dari golongan kanak-kanak autisme dan slow learner.



kanak-kanak autisme nih perlahan dari segi perkembangan mentalnya. ini akibat daripada kegagalan sebahagian otak mereka berfungsi. oleh tu, mereka agak sukar untuk berkomunikasi dan memahami ape yang di sampaikan. mereka seolah-oleh berada dalam dunia mereka sendiri. tadi sedang cikgu mengajar di hadapan tetibe jer najmi(murid autisme) beraksi bermain gitar dan menyanyi lagu "di tepi pantai yang indah". aku yang dok kat belakang tengok cikgu shuhada mengajar pecah perut dibuatnye. kalo boleh nak guling-guling sekali. but cute sangat najmi time tu. heheheheh

untuk slow learner. mereka nih 100% seperti pelajar normal. boleh bertutur dengan baik tapi masalahnye mereka keciciran sedikit dalam pelajaran. bayangkan dah darjah 5 pun tak boleh membaca lagi. so mereka semua nih kene diasingkan dari murid coz teknik pengajaran bagi kanak-kanak ni berbeza dengan kanak-kanak normal. kite tak boleh la nak ajar yang gempak-gempak coz belum tentu mereka faham. arahan untuk mereka pun tak leh nak panjang berjela-jela macam kereta api. kene ringkas dan padat.

tadi dalam kelas. mase cikgu shuhada mengajar pasal kenderaan di udara. cikgu tanya lah siapa yang bawak kapal terbang. murid tak dapat jawap, so cikgu shuhada kasi la klu untuk mudahkan mereka nih... cikgu shuhada cakap la

JUUUURRRRRUUUU....

(ensem pulak mamat pilot ni)


murid pun sambung

JURURAWAT......(SERENTAK BEB!!!!)


(manyak manis ini punya amoi)


rase cam nak tumbang aku dari kerusi coz tergelak dengan tak cover ayu nyer.....nih baru first day....tak tau la hari mendatang macam mane. but aku rase ni pengalaman yang bagus untuk bakal cikgu macam aku nih kan. semoga aku terus tabah and mampu didik murid aku dengan baik. mereka jugak berhak untuk menerima ilmu kan. stop sampai sini.

p/s : aku nak buat lesson plan untuk besok.