Monday, October 4, 2010

masam masam manis di hari graduasi AKU

(rembat dari en. GOOGLE)


nauzubillah!!!!!!!!!!!!! dah 6km habuk (ayat ini adalah ayat hiperbola) dekat belog aku. boleh buat aksi kuak lentang lah dekat lautan habuk nih. sikit punye lama aku tak update blog. sibuk kot dengan kerja. penat habis lah(baget kerja as a buruh binaan jerk. kerja kedai kek je kot). kembali ke topik di atas, dalam entry kali nih aku nak abadikan kenangan mase hari gaduasi aku. hehehehehe. aku bergelar siswazah sekarang tau (berlagak giler. nyampah nyah.....) ok serius banyak giler drama, masam manis but overall tetap memalitkan seribu satu kenangan yang mustahil untuk aku lupekan......


PART 1 : Sebelum bertolak

MANIS
  • along aku memang terkenal dengan sikap ketidak 'punctual' nya dalam menepati mase. tapi kali nih lain giler. pukul 8 dah terpacul kat depan rumah. janji pukul 10 bertolak sama-sama. aku pun time tuh taik mate pun dok menempel lagi kat mate, tak mandi lagi (aku kerja sampai malam kay. bukan aku malas bangun pagi tau). terbaek lah along......

sebelum bertolak, bergambar dekat cermin dulu

berhenti sebentar di tol....picture time dengan ipin

dengan supermodel iklan darlie, edy

MASAM
  • anak buah aku yang gorgeous (macam aku!!!) berebut-rebut nak dok satu kereta ngan aku. ades. sayang jugak diorang ngan aku. legalah anak buah aku yang paling tue, emi mengalah dengan yang lain naik kereta yang lagi satu. kalau tak aku kene duduk kat bumbung la jawapnye. dear emi, acu cayang cecangat ngan emi. muah muah muah!!!!!!!

dalam kereta..sempat lagi posing


PART 2 : Setibanye di Skudai, Johor

MANIS
  • sampai di skudai, ingat susah nak carik hotel. rupenya senang giler lah. betul-betuil tepi jalan and dekat sesangat dengan utm. hehehehe. suke suke suki.....

MASAM
  1. hujan berjebah jebah turun. ades. kuyup lah aku. dah lah aku dah siap pakai baju kurung nak pergi majlis anugerah dekan. hilang ayu (but still sexy. huahahah perasan). bachin habis tudung aku, makeup cair. ades.............
  2. mase nak check in, aku lope pulak nak draw duit. duit dalam wallet ade 40 inggit jerk. nak bayar balance duit hotel pun tak cukup. terpakse paw mak minta simpati. lega ma kasi. kalau tak kena mintak sedekah kat tepi jalan. tolong kami bantu kami orang-orang tak cucuk duit(nyanyi dengan melodi lagu p.ramlee)


PART 3 : Majlis anugerah dekan

MANIS
  • dapat jumpe balik dengan budak SPA yang sememangnye alwayz hap'pening'. even bukan semue yang datang tapi tetap bezzah.............

antara mereka yang dapat anugerah


hero malaya.

hehehe. tahniah semua


MASAM
  • aku sampai lambat sikit dari mase yang telah ditetapkan. bukan ape. selalunye utm nih jarang on time buat majlis. OPSSS maaf UTM tercinta. bertitik tolak dari situ aku pun datang lah lambat sikit. so turn aku dikalungkan pingat terlepas. ambil lah sendiri kat depan lepas habis majlis.........kasihan cik siti khatijah.


PART 4 : Makan besar

MANIS
  • hasrat aku nak belanje satu family tercapai. destinasi pilihan my friend tomyam. aku nak pergi damai tapi lupe jalan lah pulak. malas nak sesat-sesat nih. dah la bawak orang. hehehe. semue pujilah makanan kat situ sedap dan berbaloi-baloi...kembong lah perut macam ikan buntal...OPSSSS

beso mulut anak buah kecayangan aku nih, emi


muke orang kekenyangan

MASAM
  • memang tak boleh blah family aku order.... macam bullet train lajunye...adik yang amik order tu pun pening kepale. haru biru. dengan itu maka terbanglah duit aku RM2++. legelah kali nih aku sempat draw duit manyak2. kalau tak cuci pinggan kat daporlah jawapnyer!!!!!!!


PART 5 : Sesi memecahkan anak tekak KaRAoke TiMe

MANIS
  • time ni lah semue nak tunjuk bakat menyanyi termasuk aku yang sememangnye suare terbukti sedap nih. siap lompat-lompat lagi. legelah lantai tu konkrit. kalau kayu dah lame dah roboh. memang masing masing tunjuk talent lah. heheheh



penuh penghayatan


nadhirah ngan dik ya tunjuk bakat


teran jangan tak teran


time duet..heheh romantis gitu

MASAM
  • salah sorang anak buah aku, nadhirah mengamuk sebab tak dapat nyanyi. mane tanye ayah dier merangkap abang aku asyik nyanyi jer. tak kasi chance kat orang lain. aku jadi penyelamat keadaan dengan kasi si nadhirah ni nyanyi lagu dancing queen. nadhirah nih peminat tahap hard core kumpulan abba.....


PART 6 : Hari Konvokesyen

MANIS
  • happy sangat sebab semua family aku dapat hadir di hari bersejarah nih. cewah. yang paling bezz semua datang bukan dengan tangan kosong. aku dapat bunga and patung. family ku. tq so much. siapalah aku tanpa kamu di sisi. sob sob sob
my heartbeat

bersama banker aku.tempat aku mendapatkan sumber kewangan


along dengan wife, kak ana


angah..yang alwayz sempoi...


dengan aku pun nak berebut ker????


my sister...


main geget-geget dengan nadhirah

  • dapat jumpe balik semua budak kelas aku and rakan seperjuangan di UTM. tahniah buat diorang semua. yeah!!!!!!!!!
  • dapat rakam banyak sangat kenangan dengan kawan2. ye lah kan ble lagi lah dapat jumpe.



sebelum masuk dewan


dengan jad SPH


dengan iman


dengan ammar. kontot nye aku nih


dengan jot


annas yang sengal tahap gaban and mail yang bertanggungjawab


dengan kak nisak


dengan junior mase dekat sekolah menengah


sehari sebelum...


dengan acap yang cekal


  • last but not least aku dapat jumpe somebody kat bawah nih in person. even dari jauh. he is one of my favourite photografer..


MASAM
  1. mak ayah aku hilang. aku tak dapat carik. aku call banyak kali tak dapat.sampai aku nangis-nangis la. uwa!!!!!!!!!!!!!!!
  2. mase dalam dewan sultan iskandar, bulu mata palsu aku tertanggal sikit. alamak. dah la aku tak bawak gam dier dalam beg. onar betullah.
  3. aku terlalu nervous sampai tak cakap pulak nombor naik aku kat budak kelab aku yang jadi ajk dewan. biyane......

actually banyak sesangat aku nak berceloteh dekat sini tapi masa tak mengizinkan. dah nak masuk kerja nih........ see ya in next entry!!!!

p/s : tq kepada semua yang alwayz support aku. hanya ALLAH swt yang dapat membalas jasa anda.


Monday, June 21, 2010

Aku Kehangatan lagi Kepenatan

(rembat pic nih dari sini. cam sesuai dengan tajuk entry)

tu lah yang aku rase sekarang nih. tah ape silap tah aku buat hari. tak habis-habis ditimpa kecelakaan. dari satu-satu yang timbul. insaflah wahai siti (ape kaitannye ngan tajuk entry aku kali nih?????). back to the topic.

tadi lebih kurang sejam yang lalu, aku terperangkap dalam BILIK AIR aka JAMBAN kat umah aku nih. pintu dier tetibe je jam. adohai. letih tu. dah la panas. lege tak kene tido dalam jamban. berpeluh-peluh gak la. banyak gak la care aku cube. antaranye gune kad. tak jalan. gune dawai. tak lut. last-last gune kaki jugak yang paling berkesan even impak die memang terbaek la. pecah pintu bilik air aku. alamak. macam mane nak mandi nanti nih. adohai...........

(bersepai. matilah aku kalau ayah aku tau)

(boleh aku skodeng akak aku mandi nanti. berbaloi-baloi)
*tak insaf-insaf aku nih*

terima kasih buat abang and akak aku sebab telah bertungkus-lumus untuk keluarkan aku. jasamu dikenang sepanjang hayat. muah muah muah

moral of the story :

1. jangan pergi bilik air pagi-pagi buta.
2. jangan pasang pintu dekat bilik air.

P/s : sedang tengok bola. semoga bazil menang. oleeeee oleeeeee oleeeeee oleeeeeee

Wednesday, June 16, 2010

Aku Kesunyian di Kala World Cup

diam tak diam, dah 3 hari world cup berlangsung. sepanjang itulah, bila waktu malamnya tiba, aku kesunyian. si dia hilang entah ke mana. aku rindukan bisikan manisnya. dambakan kehangatan tubuhnya menyaluti tubuhku. tapi.....

(dicopet dari en. GOOGLE)
*sekali tengok cantik pic nih, tapi bobbies nampak la pulak. sila abaikan*

Uwek!!!!! nak muntah keluar muntah hijau aku dengan ayat kat atas nih. yes aku kesunyian tapi bukan kesangapan kay. kawin pun belum nak damba kehangatan tubuhnya konon. gilo ape. hehehehe. aku nih hantu bola terutama world cup, mustahillah nak sangap-sangap nih. kesunyian yang maksudkan ialah aku tengok world cup sorang-sorang. sebelum ni mesti abang aku mesti join sekali aku tengok bola. paling bezz kalau gol mesti jerit kuat-kuat same-same. kalau tak gol pulak mengamuk same-same. tapi semuanya tinggal kenangan.

(ni la abang kandung intan payung aku)
*kasi puji sikit coz da banyak dier berabis duit untuk aku*

bukan ape, abang aku kerja pagi. jenuh aku kejut dier nak tengok bola same-same tapi dier tak sedar jugak. pikir-pikir balik kesian pulakkan takur dier tersengguk-sengguk pulak kerja nanti. dudu jer la yang temankan aku. sob sob sob.

(ni la dudu kesayangan aku)
*comelkan. yang rambut merah tu*

ok. cakap pasal world cup nih. aku nak jadi pengulas bola yang tak bertauliah:

sepanjang aku mengikuti world cup yang baru berlangsung selama tiga hari nih, pasukan yang paling aku kagum sekali corak permainan mereka adalah GERMANY(tergugat kejap kesetiaan aku dekat BRASIL).

(pasukan GERMANY 2010)

di samping mempunyai pemain yang kacak dan tampan, diorang passing bola kemas dan diorang nih main tak la gopoh macam AUSTRALIA (memandai je aku). lagi satu, aku suke stail GERMANY tak bergantung kepada pemain-pemain tertentu sahaja macam ARGENTINA yang asyik-asyik suh Messi sumbat gol. aku kasi contoh. walaupun Cacau baru jer start main, tapi tak sampai 2 minit kot terus sumbat satu gol. hehehehehe. blogger zack pun satu kepale ngan aku sokong GERMANY.

(pasukan BRASIL 2010)
*saranghae oppa*

untuk BRASIL kesayangan aku pulak. aku tengok diorang main slow and steady. serius aku sedikit kecewa sebab korea utara boleh sumbat satu gol di akhir perlawanan. mungkin time tu BRASIL da baget da nak menang kot. so macam careless sikit. heheh. ape pun BRASIL tetap no.1 kat hati aku. saranghea..........

setakat ini je kot entry aku. GERMANY atau BRASIL dapat masuk final. hidop bola..

OLEEEEE OLEEEEEEE OLEEEEEEEE OLEEEEEEEE

Saturday, June 12, 2010

Selamat Tinggal Perawanku

(ehsan dari en. GOOGLE)

"tibalah masanya aku izinkan seseorang mengambilnya setelah bertahun lamanya 'perawan'ku nih aku jage. aku rase aku cukup bersedia untuk itu. setelah bertahun menyulam kasih, cinta dan sayang, inilah saja bukti terakhir untuk si dia bahawa aku betul-betul menyintainya," bisik hatiku.


puitis abis ayat di atas. menangis melalak-lalak cikgu BM aku, sebab berjaya ajar anak muridnye (aku lah, saper lagi) menghasilkan ayat yang mempunyai nilai sastera yang tinggi (macam haram sebenarnye. nak muntah aku). jangan salah faham ye. aku nih boyfren pun tarak tetibe nak kawin. ajaib bin mustahil.

(on da way ke kenduri kak Eza)

tak la. minggu lepas (bapak dah berabuk ceritenyer), aku pergi temankan akak aku ke kenduri kawan sepejabat dier. kak Eza name diberi. aku nih memang suke menyemak dekat mane-mane kenduri kawin nih. dah memang habit kot, bukan habitat tau. kak Eza nih memang sporting. even baru first time aku jumpe dier tapi siap boleh borak-borak and dier layan jer kepale otak aku yang kurang waras nih (aku kurang waras sahaja tapi tak gile OK!!!). suami dier pun same, maaf name dier aku lope lah. seminggu dah berlalu la katekan. aku nak amik pic yang daring ala gedik-gedik santai dier ikut jer. heheheh. memang bezzz la.

(ni lah kak Eza and hubby nyer)
*suke pulak aku tengok. kalau cium lagi bezzzah*

antara hantaran pengantin
*nak rembat kek secret resepi leh tak???*

(amik berkat pengantin. mane tau aku next)
*gatai nak mampus*

(alamak. kak dayah tak nampak. biyane)
*nampak tangan pun OK pe*

(akak aku nak pic gedik-gedik santai jugak)

tapi ade satu yang aku tak puas hati dengan majlis akak Eza nih. orang yang datang dok men"sumbang"kan lagu kat majlis ni semua pilih lagu yang sedeh-sedeh. ade ke patut nyanyi agi "kalau menjadi janda". orang tu baru nak bina masjid, korang pergi doakan pulak si pengantin nih cepat cerai-berai. TAK PATUT. oppsi. ter"emo" pulak. aku pun men"sumbang"kan satu lagu. hehehe. jangan risau suare aku sedap (bapak perasan tahap cipan). aku nyanyi lagu RADJA "takkan melupakanmu". hepi lah sikit lagu nyer. kalau tak semue lagu orang dolu-dolu. aku pun tak pernah dengar dan tak sedap. Ahaks.

(dengan tanjak pengantin lelaki pun aku nak??? layan jer lah)

(sila fokus pada bunga penanggah tu OK)
*abaikan hanger kaler hijau and mate juling aku yek*

disebabkan aku tak puas nak melalak dan menyekse anak tekak aku kat majlis orang. aku, akak aku and kak dayah pergi sambung karaoke dekat KBOx senawang. pe lagi. terkinja-kinja aku macam beruk mak yeh dalam bilik karaoke tu. disebabkan kitorang semue pakai baju kurung (baru balik kenduri lah katekan) memang menjadi perhatian ramailah mase nak masuk kat tempat karaoke tu. siap ade orang bagi salam lagi. dah orang beri salam kene jawab babe. tapi memang bezz sesangat lah. nge nge nge.

(dalam bilik karaoke. eleh malu-malu konon)

P/S : semoga Kak Eza dan seami kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang baik dan berguna macam AKU.