Monday, June 21, 2010

Aku Kehangatan lagi Kepenatan

(rembat pic nih dari sini. cam sesuai dengan tajuk entry)

tu lah yang aku rase sekarang nih. tah ape silap tah aku buat hari. tak habis-habis ditimpa kecelakaan. dari satu-satu yang timbul. insaflah wahai siti (ape kaitannye ngan tajuk entry aku kali nih?????). back to the topic.

tadi lebih kurang sejam yang lalu, aku terperangkap dalam BILIK AIR aka JAMBAN kat umah aku nih. pintu dier tetibe je jam. adohai. letih tu. dah la panas. lege tak kene tido dalam jamban. berpeluh-peluh gak la. banyak gak la care aku cube. antaranye gune kad. tak jalan. gune dawai. tak lut. last-last gune kaki jugak yang paling berkesan even impak die memang terbaek la. pecah pintu bilik air aku. alamak. macam mane nak mandi nanti nih. adohai...........

(bersepai. matilah aku kalau ayah aku tau)

(boleh aku skodeng akak aku mandi nanti. berbaloi-baloi)
*tak insaf-insaf aku nih*

terima kasih buat abang and akak aku sebab telah bertungkus-lumus untuk keluarkan aku. jasamu dikenang sepanjang hayat. muah muah muah

moral of the story :

1. jangan pergi bilik air pagi-pagi buta.
2. jangan pasang pintu dekat bilik air.

P/s : sedang tengok bola. semoga bazil menang. oleeeee oleeeeee oleeeeee oleeeeeee

Wednesday, June 16, 2010

Aku Kesunyian di Kala World Cup

diam tak diam, dah 3 hari world cup berlangsung. sepanjang itulah, bila waktu malamnya tiba, aku kesunyian. si dia hilang entah ke mana. aku rindukan bisikan manisnya. dambakan kehangatan tubuhnya menyaluti tubuhku. tapi.....

(dicopet dari en. GOOGLE)
*sekali tengok cantik pic nih, tapi bobbies nampak la pulak. sila abaikan*

Uwek!!!!! nak muntah keluar muntah hijau aku dengan ayat kat atas nih. yes aku kesunyian tapi bukan kesangapan kay. kawin pun belum nak damba kehangatan tubuhnya konon. gilo ape. hehehehe. aku nih hantu bola terutama world cup, mustahillah nak sangap-sangap nih. kesunyian yang maksudkan ialah aku tengok world cup sorang-sorang. sebelum ni mesti abang aku mesti join sekali aku tengok bola. paling bezz kalau gol mesti jerit kuat-kuat same-same. kalau tak gol pulak mengamuk same-same. tapi semuanya tinggal kenangan.

(ni la abang kandung intan payung aku)
*kasi puji sikit coz da banyak dier berabis duit untuk aku*

bukan ape, abang aku kerja pagi. jenuh aku kejut dier nak tengok bola same-same tapi dier tak sedar jugak. pikir-pikir balik kesian pulakkan takur dier tersengguk-sengguk pulak kerja nanti. dudu jer la yang temankan aku. sob sob sob.

(ni la dudu kesayangan aku)
*comelkan. yang rambut merah tu*

ok. cakap pasal world cup nih. aku nak jadi pengulas bola yang tak bertauliah:

sepanjang aku mengikuti world cup yang baru berlangsung selama tiga hari nih, pasukan yang paling aku kagum sekali corak permainan mereka adalah GERMANY(tergugat kejap kesetiaan aku dekat BRASIL).

(pasukan GERMANY 2010)

di samping mempunyai pemain yang kacak dan tampan, diorang passing bola kemas dan diorang nih main tak la gopoh macam AUSTRALIA (memandai je aku). lagi satu, aku suke stail GERMANY tak bergantung kepada pemain-pemain tertentu sahaja macam ARGENTINA yang asyik-asyik suh Messi sumbat gol. aku kasi contoh. walaupun Cacau baru jer start main, tapi tak sampai 2 minit kot terus sumbat satu gol. hehehehehe. blogger zack pun satu kepale ngan aku sokong GERMANY.

(pasukan BRASIL 2010)
*saranghae oppa*

untuk BRASIL kesayangan aku pulak. aku tengok diorang main slow and steady. serius aku sedikit kecewa sebab korea utara boleh sumbat satu gol di akhir perlawanan. mungkin time tu BRASIL da baget da nak menang kot. so macam careless sikit. heheh. ape pun BRASIL tetap no.1 kat hati aku. saranghea..........

setakat ini je kot entry aku. GERMANY atau BRASIL dapat masuk final. hidop bola..

OLEEEEE OLEEEEEEE OLEEEEEEEE OLEEEEEEEE

Saturday, June 12, 2010

Selamat Tinggal Perawanku

(ehsan dari en. GOOGLE)

"tibalah masanya aku izinkan seseorang mengambilnya setelah bertahun lamanya 'perawan'ku nih aku jage. aku rase aku cukup bersedia untuk itu. setelah bertahun menyulam kasih, cinta dan sayang, inilah saja bukti terakhir untuk si dia bahawa aku betul-betul menyintainya," bisik hatiku.


puitis abis ayat di atas. menangis melalak-lalak cikgu BM aku, sebab berjaya ajar anak muridnye (aku lah, saper lagi) menghasilkan ayat yang mempunyai nilai sastera yang tinggi (macam haram sebenarnye. nak muntah aku). jangan salah faham ye. aku nih boyfren pun tarak tetibe nak kawin. ajaib bin mustahil.

(on da way ke kenduri kak Eza)

tak la. minggu lepas (bapak dah berabuk ceritenyer), aku pergi temankan akak aku ke kenduri kawan sepejabat dier. kak Eza name diberi. aku nih memang suke menyemak dekat mane-mane kenduri kawin nih. dah memang habit kot, bukan habitat tau. kak Eza nih memang sporting. even baru first time aku jumpe dier tapi siap boleh borak-borak and dier layan jer kepale otak aku yang kurang waras nih (aku kurang waras sahaja tapi tak gile OK!!!). suami dier pun same, maaf name dier aku lope lah. seminggu dah berlalu la katekan. aku nak amik pic yang daring ala gedik-gedik santai dier ikut jer. heheheh. memang bezzz la.

(ni lah kak Eza and hubby nyer)
*suke pulak aku tengok. kalau cium lagi bezzzah*

antara hantaran pengantin
*nak rembat kek secret resepi leh tak???*

(amik berkat pengantin. mane tau aku next)
*gatai nak mampus*

(alamak. kak dayah tak nampak. biyane)
*nampak tangan pun OK pe*

(akak aku nak pic gedik-gedik santai jugak)

tapi ade satu yang aku tak puas hati dengan majlis akak Eza nih. orang yang datang dok men"sumbang"kan lagu kat majlis ni semua pilih lagu yang sedeh-sedeh. ade ke patut nyanyi agi "kalau menjadi janda". orang tu baru nak bina masjid, korang pergi doakan pulak si pengantin nih cepat cerai-berai. TAK PATUT. oppsi. ter"emo" pulak. aku pun men"sumbang"kan satu lagu. hehehe. jangan risau suare aku sedap (bapak perasan tahap cipan). aku nyanyi lagu RADJA "takkan melupakanmu". hepi lah sikit lagu nyer. kalau tak semue lagu orang dolu-dolu. aku pun tak pernah dengar dan tak sedap. Ahaks.

(dengan tanjak pengantin lelaki pun aku nak??? layan jer lah)

(sila fokus pada bunga penanggah tu OK)
*abaikan hanger kaler hijau and mate juling aku yek*

disebabkan aku tak puas nak melalak dan menyekse anak tekak aku kat majlis orang. aku, akak aku and kak dayah pergi sambung karaoke dekat KBOx senawang. pe lagi. terkinja-kinja aku macam beruk mak yeh dalam bilik karaoke tu. disebabkan kitorang semue pakai baju kurung (baru balik kenduri lah katekan) memang menjadi perhatian ramailah mase nak masuk kat tempat karaoke tu. siap ade orang bagi salam lagi. dah orang beri salam kene jawab babe. tapi memang bezz sesangat lah. nge nge nge.

(dalam bilik karaoke. eleh malu-malu konon)

P/S : semoga Kak Eza dan seami kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang baik dan berguna macam AKU.

Thursday, June 10, 2010

Things_to_do_when_your_boss_is_out

nih la part yang paling bezz mase aku praktikal dulu iaitu bile boss aku keluar. tak kesah la dier keluar mana pun. even ke jamban (yang ini tipu). time nih la aku akan menunjukkan belang aku sebagai seorang manusia yang bertopengkan hantu yang dah peluk islam(tak la jahat sangat).

ye la, mase bos ader tunjuklah baik dan terlampau rajin. sapu sana sini, asyik menaip jer konon buat kerja yang dier kasi padahal bende lain (facebook, chatting). muke serius tak boleh blah, nak tutup sikit la kan takut kantoi. pijak semut pun tak mati.

tapi biler setapak jer kaki bos keluar dari pejabat, terus aku pasang headphone, dengar lagu, tengok movie sambil gelak macam puake. buat bising, gossip dengan akak sepejabat. kadang-kadang siap ader munchy-munchy sambil minum teh or milo panas.. seronok tak ingat dunie. bile boss dah nak masuk pejabat, mulelah lintang pukang kemas. kekadang tu bekas gula (sebab makan biskut gula julie's) pun dok menepek lagi kat mulut....hohohoho. nikmat nyer hidup...

ni ader suggestion aktiviti yang blogger boleh buat kalau boss korang keluar:

Pertama = Lompat-lompat



Kedua : Berkayak



Ketiga : Kejar-mengejar




sekian saje entry aku kali nih. semoga terhibur.......

Saturday, June 5, 2010

air dari 'burit'

(sekadar gambar hiasan)


lokasi : makmal kejuruteraan awam, UTM (aku rindu giler seh kat UTM)
masa : aku tak ingat. dah lame dol.......
watak : aku (tero), eme and nero nerdy


eme : tero, ko ingat tak zaman sekolah menengah dulu. kite ade buatkan experiment pengesteran kan (sambil tangan gatai dok usap alat dekat makmal tu. hai dengan alat pun layan????)

aku (tero) : a'ah. aku suke giler dol. ye la. konon baget nak jadi saintis bile beso nanti. heheheh. mase buat eksperimen tu wangi jer kan...... bau macam manis-manis ala-ala aku gitu.

eme : tero perasan nak mampus

nero nerdy : tah pe-pe tah. mase aku buat eksperiment tu kuar bau buah. tapi aku tak suke sangat la buat eksperiment tu (sambil buat muke ketat)

aku (tero) and eme : eh, nape lak???? (serentak sambil buat terkezot)

nero nerdy : ye la, nak tunggu air dari 'burit' tu kuar lambat sangat... tak sabar aku nak tunggu

aku (tero) : 'burit' perempuan punye *tut tut* ke????(muke innocent)

nero nerdy : pale hotak kau. kan kite kene titis sikit-sikit kan dari 'burit' tu. yang ni la. (sambil dok tuding-tuding alat kat bawah nih)


ni la 'burit' tu


eme : tero keji pikir bukan-bukan.

aku (tero) : buret ker????? ye la nad. ko tu sebut 'burit' 'burit'. lain la aku pikir. hehehehehehehe


moral of the story :
1. sebut tu biar la teghang dan jelas. nanti tak pasai-pasai paham bende lain.
2. fantasi jangan terlalu tinggi. tahap sederhana sudim...........................

p/s : rindu sesangat ngan member sekelas...tak sabo nak tunggu konvo coz le jumpe korang semue...

copet pic dari belog nero nerdy

Friday, June 4, 2010

Pertandingan Gambar Fotogenik

bersepai tajuk entry aku. skema tahap dewa. tapi ape nak buat. setelah aku di tag dek nero nerdy untuk masuk contest nih, di tambahkan pulak aku sekarang nih teramatlah bosan menjadi penanam anggur yang berjaya seantero dunia, lalu aku decide nak join contest ni.


kalu nak join contest nih sila lah kelik pic atas nih atas banner dier kat sebelah.
sebelah mane sendirik carik kay. hehehehehe


dengan lafaz bismillah, inilah pic yang aku pertaruhkan. FUH!!!!!!!!!!!!



***************



**********



*****



***



*




description : ape yang fotogenik dalam pic nih yek??? bibir kot. menjuih sikit macam anjelik juling (angelina jolie) . izinkan aku nak perasan. heheheheh. lagi satu, bayang-bayang pokok yang jatuh kat muke dalam pic nih buatkan pic nih lagi dramatik la. konon-kononnya. pic nih di snap oleh empunya belog walaupun banyak kali kepala terhantuk kat bumbung kereta sebab utm nih banyak beno bonggolnyer (ketika pic nih di snap, kereta sedang bergerak). pic nih 100% raw without editing coz aku memang tak berbakat sangat nak edit mengedit nih. takut jadi cam shrek la pulak. opsssi. aku namekan pic nih "far away"......


oh ye sebelum aku terlope. kene tag 3 orang untuk masuk contest nih. orang yang bertuah:








p/s: Done. hope pic nih dapat mencurik perhatian juri (ingat nih pertandingan menyanyi ape??)

Wednesday, June 2, 2010

Hilang 'Dare' 18SG

(sekadar gambar hiasan)


SAKIT!!!!!!!!!!!!!


itu lah perkataan yang pertama terpacul dari mulut aku. even ni bukanlah kali pertama aku hilang dare tapi kali nih lain sikit. oh ye, sebelum aku menyambung aku punya celoteh nih, 'dare' yang aku maksudkan tu ialah darah. jangan fikir bukan-bukan tau. kredit kepada Tan Sri Samivellu sebab bikin dengan membuat ayat yang memang letop lagi kontroversi "DERMA DARE". saja nak buat entry aku kali nih gempak gitu. OPSSS..


(alat yang digunakan)


kali ni destinasi 'hilangnya' dare aku nih dekat hospital tuanku jaafar dekat seremban. memang aku dah wajibkan diri aku setiap 2 atau 3 bulan sekali aku akan derma darah. aiceceh. bajet macam baik sangat jer. walaupun aku 'derma' darah dekat benda lain setiap bulan tapi nurse cakap kita perempuan nih tetap kena derma darah. umpama kita buang darah kotor and generate darah yang baru. macam tu lah.


(check tekanan darah. pam jangan tak pam)


ini kali yang kelima aku berjinak dengan arena derma menderma nih. start tahun lepas lah. sebelum nih aku belum pernah lagi la pening-pening or nak pengsan lepas derma darah. tapi hari nih boleh aku nak pengsan. sampai pucat-pucat lah muka aku yang gebu nih. kalah mangse kene geget drakula. serius aku malu jugak lah. dah la datang sorang. kalau ikutkan hati nih nak aje aku lari lintang pukang macam orang nak kene tanduk dengan babi hutan tapi apakan daya. nak berdiri pun tak mampu. pasrah jer lah. nurse yang cucuk aku kali nih pun agak GANAS jugak la. walaupun dah suntik ubat pelali tapi mase dier tonyoh jarum tu tetap rase sakitnye. senget-senget muke aku tahan sakit. rase macam dier bukan cucuk salur darah tapi otot tangan aku. adohai.....


(gemok betul bag darah aku. kenyang drakula sebulan)


apa pun ini tak mematahkan semangat untuk terus meng'hilang'kan dare aku di mana-mana hospital. sapa kata kalau kita derma darah badan akan naik. dah melantak tak ingat dunia, pagi petang siang malam mengunyah jer memang la badan naik, pastu boleh salahkan aktiviti mulia nih. emo aku. hhohoohohho....

p/s : di sini aku serta sekali video macam mana prosesnye hilang 'dare' nih.


marilah menderma dare. tapi janganlah kita menghisap dade.........