Tuesday, May 4, 2010

bukan mudah mendidik anak bangsa aka CIKGU

hari nih hari PERTAMA aku bergelar seorang cikgu(even sebelum ni aku pernah jadi cikgu praktikal kat S.M.T Kuala Selangor). tapi kali ni lain sikit. aku jadi cikgu sekolah rendah. sekolah yang bertuah tu ialah sekolah rendah kebangsaan chembong dekat area jelebu sana. jauh jugak la dari rumah aku. dalam 25 min masa perjalanan dengan purata kelajuan 80km/jam(naik moto kay!). tapi tak kesah lah. demi anak bangsa, aku SANGGUP!!!! aiceceh(nak muntah aku dengan ayat aku sendiri).

dekat sekolah nih aku ajar kanak-kanak yang luar biasa. bukan sebab diorang pandai buat magic atau seumpama dengannya tapi diorang nih tergolong dalam kanak-kanak ISTIMEWA. mereka nih tak macam kanak-kanak normal yang lain. mereka terdiri dari golongan kanak-kanak autisme dan slow learner.



kanak-kanak autisme nih perlahan dari segi perkembangan mentalnya. ini akibat daripada kegagalan sebahagian otak mereka berfungsi. oleh tu, mereka agak sukar untuk berkomunikasi dan memahami ape yang di sampaikan. mereka seolah-oleh berada dalam dunia mereka sendiri. tadi sedang cikgu mengajar di hadapan tetibe jer najmi(murid autisme) beraksi bermain gitar dan menyanyi lagu "di tepi pantai yang indah". aku yang dok kat belakang tengok cikgu shuhada mengajar pecah perut dibuatnye. kalo boleh nak guling-guling sekali. but cute sangat najmi time tu. heheheheh

untuk slow learner. mereka nih 100% seperti pelajar normal. boleh bertutur dengan baik tapi masalahnye mereka keciciran sedikit dalam pelajaran. bayangkan dah darjah 5 pun tak boleh membaca lagi. so mereka semua nih kene diasingkan dari murid coz teknik pengajaran bagi kanak-kanak ni berbeza dengan kanak-kanak normal. kite tak boleh la nak ajar yang gempak-gempak coz belum tentu mereka faham. arahan untuk mereka pun tak leh nak panjang berjela-jela macam kereta api. kene ringkas dan padat.

tadi dalam kelas. mase cikgu shuhada mengajar pasal kenderaan di udara. cikgu tanya lah siapa yang bawak kapal terbang. murid tak dapat jawap, so cikgu shuhada kasi la klu untuk mudahkan mereka nih... cikgu shuhada cakap la

JUUUURRRRRUUUU....

(ensem pulak mamat pilot ni)


murid pun sambung

JURURAWAT......(SERENTAK BEB!!!!)


(manyak manis ini punya amoi)


rase cam nak tumbang aku dari kerusi coz tergelak dengan tak cover ayu nyer.....nih baru first day....tak tau la hari mendatang macam mane. but aku rase ni pengalaman yang bagus untuk bakal cikgu macam aku nih kan. semoga aku terus tabah and mampu didik murid aku dengan baik. mereka jugak berhak untuk menerima ilmu kan. stop sampai sini.

p/s : aku nak buat lesson plan untuk besok.



9 comments:

hentakbelipat said...

adoii..comel plak budak2 tu pilih jururawat...mybe die tgk nurse yang ade cantik2 kt..hehehe

Syafiq Kadiran said...

hahaha....pandai dak2 tu bagi jawapan...mesti jawapan yang kiut miut dorang bagi...
gudluck in da future...

TeRRoRRiZZ said...

tau tak per...
noty gitu........

Nadia Dizarch said...

miahahahahahahaha!!!!!!

Cahaya Azun said...

cabaran . mesti dorg chommel kn .

nisak azahari said...

hikhik..wah2 dh ngajo ye
syok btol..brusaha tero!!

TeRRoRRiZZ said...

nadia:heheheheh

cahaya:terlalu comel......rase macam nak cubit2 jerk pipi tu

kak nisak:syok and tak syok. due2 ader. maceh kak nisak...

S.I.T.I said...

haii...nme kite same la.. :)
btw,siti pon ade adik yg "istimewa' gak..jenis down syndrome..aktif gle2..haha

TeRRoRRiZZ said...

aktif but cute sangat............
heheheheh...
luv them so much