Friday, May 28, 2010

Kita berpisah di sini anak muridku......

tanggal 27.05.2010 (pergh bapak skematik) merupakan hari terakhir aku menjadi seorang guru di S.K Chembong sebagai seorang guru ganti bagi kelas pendidikan khas. Sob Sob Sob(menangis teresak-esak).

syahdu pulak hati nih. ye la kan banyak kenangan pahit manis aku kat sini. terlalu banyak yang aku belajar. aku nih pun bukan orang yang penyabar sangat. asyik nak melenting jer 48 jam. tapi bile dengan mereka nih aku belajar untuk control aku punyer kemarahan. tak payah nak pergi mane-mane pusat pemulihan untuk anger management. bukan saje free tapi dapat gaji lagi even gaji aku di bayar ikut rate SPM (siti khatijah, jangan merungut).

so aku nak abadikan mereka semua nih dalam aku puyer belog yang tak seberape nih. hehehehehe. sorang-sorang lagi.

1. NAJMI

serius kalau cakap pasai najmi ni mesti aku boleh gelak sampai guling-guling. pertame kali dalam hidup aku aku berjumpe dengan budak autisme. die nih unik sangat. sangat pembersih (aku pun tak sebersih si najmi nih). tak boleh langsung kotor bajunye. lagi satu si najmi nih sangat cermat orangnyer. barang-barang dier dijage dengan rapi. even satu pensel dier hilang mesti dier dapat kesan and pastu dier akan mengamuk. siap berguling hentak-hentak kaki lagi. sebab perangai dier yang unik ni la aku suke sangat nyorok barang dier. saje nak sakat. heheheh. maapkan cikgu ye najmi sayang.


2. FAIZ

pandai masak and boleh buat kerja dapur. mengikut cerita cikgu shuhada. dekat rumah dier la yang buat sarapan pagi. kadang-kadang masakan tengah hari pun dier yang buat. pada aku sangat hebatlah untuk budak darjah 5. so cikgu-cikgu dekat sini dalam proses untuk polish lagi bakat si faiz ni. mane tahu boleh jadi chef wan. eh salah chef faiz la.....


3. SHUKRI

pelajar nih baru masuk. mempunyai tahi lalat yang same macam firdaus. hehheh. pernah patah tangan sebab jatuh dari meja plastik (menurut ceritanya). akibat daripada itu, tangan kanannya kelihatan panjang sebelah(beberapa mm la). welcome to the club even aku dah nak cau dah.


4. FADHILAH

suke sangat ajuk cakap aku dan menyakat aku dalam kelas. geram jugak tapi layankan je lah. suke sangat buat muke lawak. and si fadhilah ni mempunyai senyuman yang manis macam gambar dekat atas tu. comelkan. tengokla siape cikgu dier.


5. FIRDAUS

merangkap bezz fenzz kepada si fadhilah. paling teror dalam matematik. cume kekadang tu selalu tulis 6 terbalik. so tolak markah dier. heheheh.hehehe. ni disebabkan oleh si firdaus ni ialah kanak-kanak epilepsy.


6.EFFA

name timangan aku kasi kat si effa nih ialah si cembeng. bukan ape. mudah sangat gebeh air matenyer. tak leh nak tegur sikit mesti nangis macam orang mati mak. so, cikgu dekat sini gunakan terapi bilik gelap untuk 'menyembuhkan' perangai si effa nih. alhamdulillah kalau dengan aku ni dier okay jer. mesra gitu. mungkin aku tak garang kot....


7. FAIZAL

adik kepada si faiz nih. walaupun terencat akal tapi dier tak pun menyusahkan orang. kadang-kadang tu suke buat kerja sendiri. tapi kalau dah start bersembang, huh tak berhenti-henti. aku selalu panggil dier faiz and abangnyer faizal. alamak aku nih kanak-kanak epilepsy ker????


8. SURIANI

actually si suriani ni baru je masuk ke sekolah ni. die masuk minggu lepas. tapi walaupun masih baru, tapi terus terlibat dengan persembahan sempena hari guru. teror yang teramat sangat kalau bab- bab gelek. kalah aku seh(bile aku nak menang nih). cume si suriani ni kene improve sikit dalam penerampilan diri. comot cikit.


9. MATHURI

she has a lovely eyes. sangat cantik. si mathuri nih kire ok sikit daripada kurunta coz boleh bertutur bahasa melayu. dier pandai menari even kekadang tu nampak pelik sikit. heheheheh. bajet aku nih pandai sangat menari.


10. KURUNTA

si kurunta ni tak boleh bertutur bahasa melayu. mencabar habis untuk berkomunikasi dengan si kurunta nih. satu ayat jer yang selalu dier cakap kat aku dan aku paham...
"teacher, bathroom" aku balas "poh" bererti pergi in tamil......


11. JUNAIDAH

pelajar aku yang paling cantik. jeles jugakla aku nih. erk... si jun ni jugak paling matang and paling boleh di harap. jun banyak tolong aku untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain. luv u junaidah.


12. ALFIAN

kalau dengan si alfian ni kene tegas sikit. kalau tak cakap pun dier tak nak. so tak boleh manje-manje. agak selalu jugak la kene debik dengan aku. aku bukan pakai suke-suke jer debik. ini atas nasihat cikgu okay.atas niat mahu mengajar bukan nak belasah.


13. MAIZATUL

alahai si mai. manja gitu. pernah sekali aku terlalu fokus kepada budak-budak persembahan sempena hari guru. so kurang la perhatian untuk mai nih. merajuk abis dier. lege cikgu shuhada tolong pujuk. aku nih kalau bab pujuk memujuk fail sikit.


14. IDHAM

my transilator yang tak bertauliah. hehehe. bukan ape, si idham ni sangat fasih berbahasa tamil. ade seorang pelajar namanye kurunta yang langsung tak boleh berbahasa melayu. jadi perkhidmatan si idham ni sangat diperlukan.


(makan-makan sempena majlis perpisahan aku. terharu)



(makan berjemaah)



(heppi)



(mase praktis tarian ali baba)



mereka semua nih akan ku semat dalam hati ini selagi jantung aku berdegup, oksigen saling keluar masuk ke dalam peparu ini. terima kasih kerana menjadi kenangan indah yang mengajar aku erti kehidupan. cikgu doakan kamu semua berjaya dalam apa saja yang kamu lakukan(yang baik sahaje tau). cikgu akan sentiasa merindui kamu semua.

WASSALAM


12 comments:

nerdy nadea said...

alahai..sejuk hati aku pandang budak2 nak blaja nih..bile ko stat jd guru ganti ni?

Nekmo said...

comel la jun tu..hehe
sulu kat sekolah sy pun ada gak kelas utk bdk khas.
Suka sgt melayan dorunk kalau rehat..
menyanyi la..ape la..
tapi,dorunk suka..hehe...

crystalzerosix said...

masih xterlewat utk ucap selamat hari guru :)

TeRRoRRiZZ said...

terima kasih....
jun tu memang lawa...
macam siti nurhaliza...
hheheheheheh....

Zon Artis staff said...

mesti saat2 mengajar student kelas pdidikan khas ni suatu kenangan manis yg tak mungkin akan dilupakan kan?

Syida said...

so cute tgk budak2 skolah ni....

Amir Syahir said...

masa depan negara...

TeRRoRRiZZ said...

hup betul....
rindu sangat dekat diorang.......
muah!!!!!!!

.Am-OH-Am. said...

mmg tak penah tensen ngajar mereka. bnyk knangan dan iktibar kita blh amek.
alhamdulillah,dah hampir 6 bulan saya blajar ilmu pen. khas.

:)

TeRRoRRiZZ said...

am oh am.....
seronok kan...
cam nak further study jer dalam pendidikan khas nih....
ader tak master pendidikan khas???????

MRS CAI said...

seronok tgk budak2 ni... teringin nk jd cikgu jugak.. hehe

TeRRoRRiZZ said...

I AM MRS KAUSAR: sangat seronok.....
silakan-silakan jadi pendidik...