Thursday, April 22, 2010

Sahabat Palam Pencucuh

(comel kan..YAAAAAAAAA)


palam pencucuh. antare benda paling penting untuk membuatkan sesuatu kenderaan itu bergerak. betol tak murid????? heheheh. ye la kan kalau palam pencucuh nih tak der, macam mane nak bakar campuran udara dan bahan bakar dalam ruang pembakaran. kalau tak terjadi nyer pembakaran tu, macam mane omboh nak bergerak. kalau omboh tak bergerak, macam mane kenderaan nak berjalan. kalau kenderaan tak jalan macam mane aku nak balik rumah besok?????macam tu lah sequence perjalanan yang dimulai dengan palam pencucuh.

dekat sini aku nak kaitkan palam pencucuh nih dengan kehidupan kita. terutama dalam hubungan persahabatan. mesti rakan belogger dah biasa dengar dengan kes pergaduh disebabkan pihak ketiga(ini bukan kisah cinta key!!!). aku kasi satu situasi yang mudah. si A mempunyai krisis dengan si B, lalu si A menceritakan masalahnya dengan si C. sepatutnya, si C ini perlulah cuba untuk menjernihkan keadaan memandangkan si C ini juga merupakan kawan si B (senang citer orang tengah la) tetapi si C melakukan sebaliknya. si C menceritakan ape yang diluahkan oleh si A kepada si B tapi kenyataannya adalah 180 darjah berbeza dari kenyataan sebenar. lalu tercetuslah pergaduhan diantara si A dan si B akibat daripada perbuatan si C.


(semue campur, last-last meletop)

di sini si C inilah yang digelar sahabat palam pencucuh. si A dan si B diibaratkan sebagai campuran udara dan bahan bakar. dan pergaduhan mereka sama seperti pembakaran lengkap akibat daripada palam pencucuh ni. cuba bayangkan. kalaulah palam pencucuh tidak mengeluarkan percikan apinya, adalah mustahil campuran udara dan bahan bakar akan meletop. mudah kan perumpamaan tu.

dekat sini aku bukanlah nak menuding jari mengatakan kau adalah sahabat palam pencucuh tapi sekadar melontarkan apa yang terlintas kat kepale otak aku sekarang nih(selain aku nak tulis entry baru..huhuhuu). mungkin tanpa aku sedari aku juga pernah jadi sahabat palam pencucuh nih. mungkin jugak rakan belogger pun begitu juga. tapi marilah kite bersame-same untuk mencegah daripada jadi seperti manusia sebegini. tak aman dunia seh!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s:janganlah kite jadi sahabat palam pencucuh tapi jadilah sahabat combustion chamber, dier terime jer semua. even meletup macam mane pun, die tetap cool!!!!!!!!!!!

6 comments:

Mr Kamikaze said...

berhati-hati memilih kawan...

sebelas said...

nie nama lain bagi batu api ke? :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

eik`S noName said...

perumpamaan yg cukup bagus...same2 la kite renung2kan

kucingorengemok said...

salam, jadi sahabat ekzos ok tak? terima info dari kawan² lepas tu 'lepaskan'.. hehe :)

mrcrazee said...

waahhh..bhy nyer klu ade kwn cmni..huhu..xtenang lorh jwb nyer..

TeRRoRRiZZ said...

betul tuh...
hope sesape kawan cam nih berubah lah yek...