Friday, March 29, 2013

Kini Budak Chubby KEMBALI!!!!

Bismillah.......

Fuh..Fffuuuhhh..Ffffffffuuuuuuuhhhhhhhhh.. 5 inci tebal habuk kat belog kesayangan aku nih. Sekian lama aku tak UPDATE kan... Dalam masa 2 tahun nih, macam2 berlaku dekat diri aku nih. Yang paling ketara perubahannya ialah STATUS aku sekarang. Dari anak dara, sekarang dah jadi mak dara. Tunggu baby nak keluar. TAK PERCAYA????

Hihihi. Meh sini aku cerita satu persatu. Aku mulakan UPDATE diri aku dengan PERISTIWA BERDARAH aku pada 12 OGOS 2011. Masa tu bulan puasa. Serius aku memang kehilangan banyak DARAH sebab aku terlibat dengan KEMALANGAN jalan raya yang meragut 5 batang gigi aku secara total!!!!!!!! GILA KENTANG!!!!!

Bermula Al-Kisah, aku dapat PARCEL dari Jepun sebab aku ade beli cam dari Gajet Dari Jepun. Aku juz beli body camera ja time tu. Nikon D70(takkan aku LUPA!!!). Pada hari yang sama, aku ade wat temujanji dengan seorang seller nih. Aku nak beli lense cam NIKKOR 18-200(kalo tak silap). Dah janji nak jumpe dier dalam kol 3 dekat MCD Nilai. Ape lagi, aku lepas abis sekolah, kemas-kemas apa yang patut, Solat Zohor and terus start motor HONDA CLICK kesayangan aku. Masa tu hari Jumaat, aku nak elak sesak nanti kalau habis Solat Jumaat. Bersama aku, aku bawa Labtop ASUS, Camera D70, cash RM1000++.

Serius aku tak tipu, masa atas motor aku sangat MENGANTUK!!!!! Tapi aku gagahkan diri jua. SEDAR-SEDAR aku dekat hospital. ERKKK!!!


Bila aku buka mata, ni lah kondisi aku. Aku tanya, aku dekat mana dekat NURSE yang bertugas. Begini lah lebih kurang diolag kami berdua:

AKU : Saya dekat mana ni?
NURSE : Adik accident. Adik dekat hospital.
AKU : Patut la badan saya sakit-sakit. Mak saya tahu tak?
NURSE : Maaf. Kami tak jumpa sebarang pengenalan diri adik(sambil tunjuk bag labtop aku yang kosong)
AKU : Mustahil!! Dalam wallet saya ada ic. Hp saya ada no fon family saya. Labtop saya ada resume saya. (serius aku membebel macam tu)
NURSE : Maaf dik. Ni jer yang kami jumpa bersama adik.
AKU : Tak pa la. Ni no fon kakak saya. Tolong beritahu kakak saya, saya masuk hospital. Saya takut mak saya tunggu sebab saya dah beritahu mak saya saya nak balik.Saya takut mak saya risau.

Serius barang yang aku bawak semua hilang. Labtop, camera nikon, wallet dan semestinya duit aku ssekali. Total lost aku time tu RM 7k++. Aku tak la terkilan sangat sebab yang paling penting aku masih diberi peluang untuk idup di atas muka bumi ni. ALHAMDULILLAH. Aku duduk hospital tak lama. 11 hari jer. pastu dicharge. Mak aku la yang jaga aku. ALLAH swt sahaja dapat membalas jasa ibu aku. Aku sangat beruntung memiliki seorang ibu yang sangat penyayang. 

Kecederaan yang aku hadapi :
  • Patah tulang peha
  • Bibir aku terbelah 3 tempat
  • Gigi aku patah 5 batang. minor calar balar di tangan dan kaki.
Aku yakin apa yang berlaku PASTI ada hikmahnya. Aku REDHA. Ni pic aku sepanjang waktu recovery aku dari kecederaan. aku boleh jalan seperti biasa lepas 2 setengah bulan. CEPAT kan.. hihii.. DISIPLIN!!!! 
Inilah tulang aku

Inilah salah satu kenangan terindah aku. Walau apa musibah yang melanda kita, kita mesti redha!!!! sebab segalanya hanyalah pinjaman semata-mata. Tiada apa yang kekal......


No comments: