Sunday, March 31, 2013

Anugerah ISTIMEWA

Assalamualaikum semua.

Tak tahu kenapa hari nih aku cam terlebih excited nak cerita tentang pregnancy aku nih. APA??? Dah mengandung dah?? Bila tunang??? Bila kahwin???? Tu nanti aku cerita!!!!! Sekarang tak kira, nak cerita pasai baby dalam tummy ni juga!!!! ZIPPP....

Ok, aku cerita ringkas je kronologinya. Pada tanggal 28 April 2012, aku ditunangkan dengan my hubby sekarang ni la, Sazali bin Ismail. Lepas 5 bulan, kami selamat Diijab Qabulkan pada 30 SEPT 2012. Majlis Resepsi aku pulak pada 20 Jan 2013. Masa majlis resepsi nih aku sanding BERTIGA!!!!! Syukur Alhamdulillah. Kurniaan Tuhan yang sangat bernilai.

Aku ingat lagi masa aku check upt. Time tu aku dah lewat seminggu dah. Aku cam cuak gak sebab aku nyer period memang regular 28 cycle. Time tu aku dapat job make up kawan sekolah aku kawin. Hubby aku cakap lepas habis job kite check. Balik dari Kenduri kawan aku, Xeyien aku check la and resultnya......................................... Mestilah POSITIF!!!! Kalo tak, aku takkan buat la post ni... Hihih

Jelas lagi bersuluh lah

Lepas dah tahu tu kene la buat buku pink. Nak tengok buku pink aku sekarang nih? Macam buku untuk anak Kelima dah padahal baru anak sulung!!!!

Lunyaikan. nurse suruh aku bawak ke mana-mana. tu yang lunyai tu!!!

Alhamdulillah, sepanjang aku mengandung nih tak pulak aku mengalami alahan yang teruk. Selera makan macam biasa. Aktif semacam jer sampai orang terkejut la aku nih mengandung. Diam-diam dah 6 bulan aku membawa baby ku ni kemana saja. Sangat teruja!!!! Paling excited kalau nak scan sebab kita boleh tengok baby nih bergerak2. Serius rasa nak menangis time tu!!!!

Aku teringin sangat anak lelaki sampai aku siap gelar baby dalam tummy nih iman lagi. Lastly anak perempuan!!!!! Tapi aku tetap bersyukur!!! Malah bertambah teruja ada lah. Kepala nih tak abis-abis buat list barang untuk baby nih. Al-maklum lah barang baby gurl nih semua lawa-lawa semua. Lagi la rambang mata. 





 Tak tahu kenapa dua pic yang atas tu tak boleh pusing?? Pic nih diambil masa usia kandungan 9w, 14w dan paling latest 24w

Makin lama baby nih dalam tummy nih, makin teruja aku nak tengok baby nih lahir ke dunia. Aku MESTI jadi mama yang terbaik!!! Walaupun pada pemerhatian aku hubby aku tak la se 'excited' bakal daddy yang lain sebab ini bukan anak sulung dier sebab hubby aku dah ada 3 anak yang sempurna. Aku harap hubby akan sayang anak nih sama dier sayang anak2 dier yang lain. Serius aku tak boleh tipu diri aku sendiri aku JELEZZ sangat2 tengok kawan2 lelaki aku yang sangat excited GILE la bila dapat tahu yang wife dier pregnant. Mungkin hubby aku excited tetapi tak tunjukkan. Betul x? Hilang la macho nanti!!!! 

Stop di sini entry kali nih.






 

Friday, March 29, 2013

Kini Budak Chubby KEMBALI!!!!

Bismillah.......

Fuh..Fffuuuhhh..Ffffffffuuuuuuuhhhhhhhhh.. 5 inci tebal habuk kat belog kesayangan aku nih. Sekian lama aku tak UPDATE kan... Dalam masa 2 tahun nih, macam2 berlaku dekat diri aku nih. Yang paling ketara perubahannya ialah STATUS aku sekarang. Dari anak dara, sekarang dah jadi mak dara. Tunggu baby nak keluar. TAK PERCAYA????

Hihihi. Meh sini aku cerita satu persatu. Aku mulakan UPDATE diri aku dengan PERISTIWA BERDARAH aku pada 12 OGOS 2011. Masa tu bulan puasa. Serius aku memang kehilangan banyak DARAH sebab aku terlibat dengan KEMALANGAN jalan raya yang meragut 5 batang gigi aku secara total!!!!!!!! GILA KENTANG!!!!!

Bermula Al-Kisah, aku dapat PARCEL dari Jepun sebab aku ade beli cam dari Gajet Dari Jepun. Aku juz beli body camera ja time tu. Nikon D70(takkan aku LUPA!!!). Pada hari yang sama, aku ade wat temujanji dengan seorang seller nih. Aku nak beli lense cam NIKKOR 18-200(kalo tak silap). Dah janji nak jumpe dier dalam kol 3 dekat MCD Nilai. Ape lagi, aku lepas abis sekolah, kemas-kemas apa yang patut, Solat Zohor and terus start motor HONDA CLICK kesayangan aku. Masa tu hari Jumaat, aku nak elak sesak nanti kalau habis Solat Jumaat. Bersama aku, aku bawa Labtop ASUS, Camera D70, cash RM1000++.

Serius aku tak tipu, masa atas motor aku sangat MENGANTUK!!!!! Tapi aku gagahkan diri jua. SEDAR-SEDAR aku dekat hospital. ERKKK!!!


Bila aku buka mata, ni lah kondisi aku. Aku tanya, aku dekat mana dekat NURSE yang bertugas. Begini lah lebih kurang diolag kami berdua:

AKU : Saya dekat mana ni?
NURSE : Adik accident. Adik dekat hospital.
AKU : Patut la badan saya sakit-sakit. Mak saya tahu tak?
NURSE : Maaf. Kami tak jumpa sebarang pengenalan diri adik(sambil tunjuk bag labtop aku yang kosong)
AKU : Mustahil!! Dalam wallet saya ada ic. Hp saya ada no fon family saya. Labtop saya ada resume saya. (serius aku membebel macam tu)
NURSE : Maaf dik. Ni jer yang kami jumpa bersama adik.
AKU : Tak pa la. Ni no fon kakak saya. Tolong beritahu kakak saya, saya masuk hospital. Saya takut mak saya tunggu sebab saya dah beritahu mak saya saya nak balik.Saya takut mak saya risau.

Serius barang yang aku bawak semua hilang. Labtop, camera nikon, wallet dan semestinya duit aku ssekali. Total lost aku time tu RM 7k++. Aku tak la terkilan sangat sebab yang paling penting aku masih diberi peluang untuk idup di atas muka bumi ni. ALHAMDULILLAH. Aku duduk hospital tak lama. 11 hari jer. pastu dicharge. Mak aku la yang jaga aku. ALLAH swt sahaja dapat membalas jasa ibu aku. Aku sangat beruntung memiliki seorang ibu yang sangat penyayang. 

Kecederaan yang aku hadapi :
  • Patah tulang peha
  • Bibir aku terbelah 3 tempat
  • Gigi aku patah 5 batang. minor calar balar di tangan dan kaki.
Aku yakin apa yang berlaku PASTI ada hikmahnya. Aku REDHA. Ni pic aku sepanjang waktu recovery aku dari kecederaan. aku boleh jalan seperti biasa lepas 2 setengah bulan. CEPAT kan.. hihii.. DISIPLIN!!!! 
Inilah tulang aku

Inilah salah satu kenangan terindah aku. Walau apa musibah yang melanda kita, kita mesti redha!!!! sebab segalanya hanyalah pinjaman semata-mata. Tiada apa yang kekal......


Sunday, July 31, 2011

Selamat TInggal SEMUA!!!!

pic yang superb nih aku rembat dari sini. sila abaikan aurat gurl nih. opsss

Assalamualaikum dude and babe!!!!!!

besok dah nak puasa. maka dengan ini, aku isyhtiharkan SELAMAT TINGGAL bagi lemak-lamak degil yang dok menempel sekian lama kat badan aku nih. kalau bulan lain susah ya amat nak hilang lemak aku nih. berkat bulan puasa nih aku harap boleh turun la.

aku nak try satu produk nih. namanye miracle hot chocolate. murah sikit la berbanding dr. rozmey tu. dah la rase cam hampeh sikit. tak leh masuk pulak tekak aku. aku target nak turun dalam 10-15kg(mak ai, banyaknyer). boleh tercapai tak??????


aku memang cuba jaya je untuk kali nih. hope menjadi lah. kalau berjaye aku jadi dealer lak. amacam?

target aku untuk tahun nih aku leh pakai jean saiz 32, sebab sekarang aku pakai saiz 40(gemOknye aku). berat badan pulak dah hampir cecah 100kg(memang sah aku gemOk) adeh. nak kelihatan super duper hot raye nanti. semoga ALLAH swt makbulkan doa aku nih!!!!!!!

Ps : selamat berpuasa aku nak ucapkan pada semua. hope puasa kali nih lagi baik berbanding sebelomnya. Insyaallah.................

Thursday, July 28, 2011

Guru TAK GUNA!!!!!!


mencopet dari Abe Google amalan yang mulia...ngeeeee

jangan salah faham....aku tak langsung nak refer statement ni dekat sesiapa pun tapi tak lain dan tak bukan untuk BATANG hidung aku sendiri......

assalamualaikum pembuka bicara......

serius aku down gile sekarang. aku rase aku bukan seorang guru yang baik. aku memang tak patut menggunakan kekerasan untuk mendidik anak murid aku.

sampai 2 student laki aku boleh mengalir air mata. boleh bayangkan kuat tak kuat aku hayun rotan. cedera tak mereka????(ko dah balun teruk-teruk baru ko nak pikir budak tu sakit ke tak???-aku monolog dalaman)

hope tak rabak la j*b*r anak murid aku...uwaaaaaaaa
-ehsan Abe Google lagi

aku kena back on track and fikir balik apa sebenarnya tugas aku as a teacher?????? aku harap aku tak ulang kesilapan BODOH ni lagi. Ya ALLAH swt, aku perlu kekuatan dan bimbinganmu....

P/s : SABAR SAbar sabar!!!!!!!


Monday, July 18, 2011

Jin dalam Cendol

assalamualaikum blogger.. mucukus sikit....

serius aku dah lame tak update blog aku. serius banyak gila benda yang aku nak cerita dekat semua tapi aku sangat penat dan sibuk dengan kerja aku sekarang. twenty four seven kay!!!! sape kata kerja guru atau cikgu nih mudah. meh sini aku geget sikit.

back to the topic, adalah satu hari tu kawan silat aku pergi la makan dekat kedai cendol tepi jalan dekat s*m**a*, nilai. kedai cendol nih memang femez gile gile la. susah gila nak tengok kedai tu kosong. pe lagi tercabar la kan kalau tak pekena sekali. betol tak???? ape lagi order la.

bila order sampai. die nampak SESUATU dekat cendol tu. korang tengok la sendiri


"comel tak saye"kata BENDA itu

korang NAMPAK tak??? serius bulu roma aku naik tegak. pe lagi kawan aku terus je blah dari kedai tu. sesuungguhnye kedai tu memang menggunakan pelaris untuk mengeTOPkan bizneznye. macam sial jer!!!!!!

PS : mulakan segalanya dengan bismillah!!!
sebab aku sangat addicted dengan blogserius, so aku suka guna perkataan serius

Jazakallah


Tuesday, April 26, 2011

melayu BANGSAT!!!!!

sumbangan pakwe aku, MR.GOOGLE

aku bukan nak cerita pasal gambar nih!!!!


sumbangan pakwe aku lagi, MR.GOOGLE

opssss, bukan pasai gambar ni jugak!!!!


ASSALAMUALAIKUM wbt. jawab jangan tak jawab.

serius melayu memang BANGSAT. dan memang itu yang terpacul dari mulut aku. yes memang aku orang melayu tapi aku sedikit pun tak kesah. kat sini, aku bukan la pakai sesedap mulut aku jer nak keluar statement macam nih. tah la. aku geram dengan bangsa aku sendiri.

macam ni al-kisahnya. aku sekarang officially dah jadi seorang guru. so aku ambil part time mengajar tuisyen dekat asrama berdekatan dengan rumah aku. sekolah ni sekolah harian biasa tapi provide asrama untuk mereka yang duduk jauh. kebanyakan mereka dari golongan yang sederhana je.

aku mengajar subjek MAT untuk form 2. lepas aku habis mengajar, aku memang tak benarkan pelajar aku keluar even ke toilet. alasannyer, mereka akan ganggu pelajar kelas lain, kawan aku(cikgu tuisyen kat situ gak) komplen.

bayangkan aku tunduk sekejap jer tanda buku. bila aku angkat kepala balik, semua student lelaki dah hilang keluar kelas. ape lagi meletop la aku. apa lagi. membebel la aku. antara dialog yang aku ingat la.

" kamu ni kenapa ha? macam ni ke kamu layan cikgu kamu? yang paling saya sedih, kamu semua nih satu bangsa dengan saya. tapi macam ni ke kamu layang orang yang sebangsa dengan kamu???? kamu ni orang melayu ker ape hah?? ke melayu BANGSAT????"

aku tahu aku dah melanggar etika aku sebagai seorang guru. tapi aku juga manusia biasa. tipulah kalau aku tak rasa bersalah dengan tindakan aku. aku juga kecewa dengan diri aku sendiri sebab aku sebagai guru tak patut aku mengeluarkan statement macam tu. niat aku cuma nak anak murid aku sedar......

P/S : aku perlu amik kursus anger management!!!!!!!

wakkeh stop di sini. wassalam



Sunday, March 27, 2011

All FUCK to SITT (18PL)


hamik kau. dah berabat tak update belog nih, bila update jerk terus carut-mencarut. bukan apa, hati nih, PANAS wo!!!!!!!!!

subhanallah, tu lah, hati ni PANAS sangat sampai lupa pulak nak beri salam. apa nak jadi dengan aku ni.

ASSALAMUALAIKUM wbt....jawab jangan tak jawab....

sambung cerita, tadi(beberapa minit yang lepas) aku dok syok-syok meng 'fesbuk walking', tetibe aku terpandang pic bawah nih as dier punya profile photo. serius, segala jenis sumpah seranah seperti BaB*, C*ba*, La*c*u, F*ck dan semua yang seangkatan dengannya lah memang layak untuk diberi kat empunya profile nih. mana tak nya, korang tengok la sendiri.

kalau korang tengok, mesti korang pun akan buat benda yang sama kan. bukan tu jer, si BaB*, C*ba*, La*c*u dan F*ck nih dengan tidak segan silunya menyatakan tentang keMURTADannya. bukti? baca komen di bawah >


aku tak nak komen banyak-banyak sebab aku nih bukan ARIF bab agama tambahan pula isu nih agak sensitif. tapi jauh dalam hati aku ni memang Lah*n*t(opss!!!!) dier nih.

ape pun semoga ALLAH swt membuka pintu hati manusia nih untuk berubah. AMIN.

p/s : maap coz entry aku kali ni banyak pulak bahasa yang kurang sopan gitu. sepuluh jari disusun, maaf dipohon......